KUALA LUMPUR:Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut memberi reaksi mengenai insiden kekecohan di luar lobi Parlimen semalam.

Tegas Khalid, polis memberi tempoh hingga 2 petang ini kepada 10 individu terlibat untuk serah diri.

Semalam, polis Kuala Lumpur mengarahkan 10 individu yang dikenal pasti terlibat dalam kekecohan itu tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.

Antara yang dikenalpasti adalah Firdaus Tajuddin iaitu anak kepada ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata semua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaaan kerana merusuh.

BACA: Khalid Samad diserang penyokong Tajuddin Rahman di Parlimen

Insiden  sekitar jam 12 tengahari itu dipercayai susulan tindakan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdu Samad yang memanggil Tajuddin dengan kata kesat dalam sidang Dewan Rakyat Isnin lalu.

Khalid bertindak demikian selepas Tajuddin mengeluarkan perkataan sinis terhadap ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.