Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menegaskan, beliau bersetuju dengan pendapat Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kongres Maruah Melayu bukan bersifat perkauman.
Dalam masa sama, Pengarah Komunikasi parti Amanah itu berkata, perhimpunan sedemikian merupakan hak orang Melayu.
"Saya BERSETUJU dengan Tun bahawa apabila sesuatu kaum mengadakan perhimpunan bagi kaumnya, untuk membincangkan masalah kaumnya dan negara, ianya BUKAN rasis. Malahan ianya hak mereka," kata Khalid dalam laman Twitter peribadinya pada Ahad.
Kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Khalid itu adalah sebagai reaksi kurang senang beliau pada laporan segelintir media yang didakwanya memutar belit kenyataan asal yang dibuatnya pada Sabtu.
Menurut Khalid, kenyataan asalnya tidak membawa maksud beliau tidak bersetuju dengan Dr Mahathir.
"Perhimpun bukan masalahnya tetapi pengisiannya. Semua kaum, malahan suku kaum, berkumpul membincang masalah dihadapi kaumnya dan negara serta cara-cara mengatasinya.
"Tetapi sekiranya ianya digunakan untuk menyemai kebencian terhadap kaum lain, maka barulah ianya menjadi rasis.." demikian entri asal yang dimuat naik Khalid pada Sabtu.
Entri asal itu turut disertakan bersama luahan Dr Mahathir mengenai kekecewaannya apabila orang Melayu dilabel sebagai rasis hanya kerana menganjurkan perhimpunan.
Dalam catatan di blog peribadinya bertajuk “Malay Dignity Congres”, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata, ia adalah situasi yang menyedihkan kerana orang Melayu dan Bumiputera banyak bertoleransi dengan kaum lain.
“Apabila banyak jajahan Eropah mencapai kemerdekaan, kebanyakan orang bukan asal di negara itu telah didiskriminasi. Ada yang terpaksa meninggalkan negara itu, ada yang diserang secara ganas.
“Berbeza pula dengan negara ini. Orang bukan penduduk asal telah diterima menjadi warganegara. Malah, lebih sejuta bukan penduduk asal telah diberi taraf kewarganegaraan, walaupun hakikatnya mereka tidak layak,” kata Dr Mahathir lagi.
Perdana Menteri juga terkejut apabila dinasihati untuk tidak menghadirkan diri ke Kongres Maruah Melayu yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, pada 6 Oktober lepas.
Astro Awani
Sun Oct 27 2019
Khalid Abdul Samad tegaskan, beliau bersetuju dengan pendapat Dr Mahathir bahawa Kongres Maruah Melayu bukan bersifat perkauman. - Gambar fail
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
DAP umum calon pada Rabu
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok.
Bukan untuk djual, KL Rovers hanya sedia runding jual pegangan saham
Kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad, mengenai penjualan kelab Kuala Lumpur (KL) Rovers, semata-mata demi menampung masalah kewangan adalah tidak tepat.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Isu pengampunan Najib: Amanah mohon maaf kepada UMNO
Amanah menzahirkan permohonan maaf susulan kenyataan Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad, mengenai isu pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Isu Kg Sungai Baru: Layan sebagai pemilik sah bukan setinggan
Khalid Abdul Samad dalam satu kenyataan berharap agar ada penyelesaian seadilnya untuk pemilik tanah dan pembangunan Kampung Sungai Baru.
PRU15: Khalid Samad nafi beralih ke Titiwangsa kerana sudah basi di Shah Alam
Beliau membawa tiket bekas Menteri Wilayah Persekutuan untuk merampas kerusi Titiwangsa daripada Rina Harun.
PRU15: 'Dia datang atau tak, saya tetap akan muncul' - Khalid Samad
Pentas debat Wilayah anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Rakan Siswa, Arus Anak Muda dan disokong oleh Undi 18 dijadualkan berlangsung pada jam 8.30 malam esok di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu.
PRU15: 'Saya dihantar ke Titiwangsa bukan untuk disembelih'
Amanah berpandangan Khalid merupakan calon yang paling berpotensi untuk menang di Titiwangsa.
PRU15: Khalid 'berkorban' tinggalkan Shah Alam, bakal bertanding di Titiwangsa
Pencalonan itu satu pengorbanan luar biasa, kerana Khalid akan meninggalkan Shah Alam, yang disandangnya sejak tiga penggal lepas.
Habuan lumayan menanti KL City
Ia bagi menyuntik motivasi pemain The City Boys menjelang perlawanan akhir Piala AFC menentang kelab Oman, Al Seeb Sabtu ini.
Saman fitnah: Khalid Samad gagal dapat kebenaran merayu
Mahkamah mendapati permohonan Khalid tidak memenuhi syarat untuk diberikan kebenaran meneruskan rayuan.