Seramai 375 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan bagi mengawal kelancaran pada hari penamaan calon, esok.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak, berkata kesemua pegawai ditempatkan di sekitar pusat penamaan calon di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Dun Banur, di sini.

“Buat masa ini kita bahagi kepada tiga zon iaitu zon dewan ini sendiri dan parti-parti yang terlibat.

“Sebahagian mereka akan berada di padang Sekolah Menengah Membakut dan sebahagian lagi berada di Beaufort Convention Center,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan beberapa jalan di sekitar dewan tersebut terpaksa ditutup sehingga proses penamaan calon selesai.

“Jalan akan tutup depan ini iaitu jalan di hadapan dewan dan juga belakang (dewan).

“Ini merupakan laluan utama dan kita terpaksa tutup minta. Jadi, saya minta agar penduduk yang terlibat menggunakan jalan alternatif lain,” katanya.