Kira-kira 1,000 nelayan pukat kenka dua bot dari Kuala Kurau dan Tanjung Piandang dekat sini tidak turun ke laut untuk menangkap ikan setiap Ahad mulai semalam (5 Januari) untuk memulihkan sumber perikanan yang kian merosot.
Pengarah Perikanan Perak, Zaki Mokri berkata ia susulan perjumpaan pihaknya bersama Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Kurau untuk merangka satu pelan Pengurusan Perikanan Secara Komuniti Setempat (CBFM).
"Persatuan nelayan bersetuju untuk mengurangkan tekanan terhadap sumber perikanan dengan mengadakan hari tidak ke laut pada setiap hari Ahad sebagai langkah awal untuk memulihkan sumber perikanan di perairan mereka.
"Pada peringkat awal, mulai 1 Januari 2020, kita cuba untuk tidak ke laut sehari setiap minggu dan selepas enam bulan kita akan kaji impaknya terhadap sumber serta menambah baik usaha untuk memastikan sumber perikanan pulih ke tahap asalnya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Beliau berkata, kaedah musim tertutup itu juga akan diguna pakai bagi peralatan yang lain seperti pukat tunda, jerut bilis atau mana-mana sumber perikanan yang kian merosot.
Dari 2015, hasil tangkapan oleh pukat kenka dua bot mulai merosot setiap tahun malah kawasan tangkapan juga terhad iaitu 5.0 batu nautika (bn) dari pantai hingga 12.0 bn bermula di Bagan Tiang di utara dan berakhir di Kuala Gula di bahagian selatan.
Zaki berkata dengan keluasan operasi hampir 50 bn persegi (162 km persegi) bagi menampung 526 vesel pukat kenka dua bot, serta sumber perikanan semakin merosot, satu tindakan segera perlu diambil bagi memulih sumber perikanan.
"Nelayan sedar hasil tangkapan mereka tidak sebanyak lima tahun yang lepas, mereka juga perlu berada di laut lebih lama tetapi hasil tangkapan tidak seberapa berikutan ikan di laut telah berkurangan dan saiznya juga semakin kecil.
"Tindakan yang diambil perlu pengorbanan daripada nelayan, nelayan juga perlu terlibat secara langsung dalam pengurusan sumber perikanan, bukan hanya di bahu Jabatan Perikanan," katanya.
Beliau berkata musim tertutup juga satu kaedah untuk memulihkan semula sumber perikanan bagi mengurangkan tekanan terhadap sumber perikanan, di samping mengawal bilangan vesel dan bilangan nelayan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 05 2020
Bot-bot pukat kenka dilihat memasuki jeti Tanjung Piandang selepas memukat ikan berdekatan perairan Kuala Kurau di Perak. --fotoBERNAMA/Fail
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Kira-kira 1,000 nelayan sanggup tidak ke laut demi pulih sumber perikanan
Persatuan nelayan setuju mengurangkan tekanan terhadap sumber perikanan dengan mengadakan hari tidak ke laut pada setiap hari Ahad sebagai langkah awal memulihkan sumber perikanan di perairan mereka.