Kira-kira 250 warganegara Malaysia akan menerima kaki palsu percuma hasil sumbangan daripada sebuah yayasan dari Thailand, 'The Prostheses Foundation'.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata yayasan yang diasaskan oleh mendiang Puteri Srinagarindra itu telah menyumbang lebih 1,000 buah kaki palsu kepada rakyat Malaysia sejak tahun 2007.
"Pada tahun ini, 'The Prostheses Foundation' telah menghantar 88 sukarelawan ke Pulau Pinang yang terdiri daripada doktor, kakitangan perubatan dan pekerja mahir untuk menyediakan kaki palsu dalam satu minggu.
"Saya mengucapkan syabas kepada Yayasan Pertubuhan Pendidikan Akhlak Chee Hoon Khor kerana berjaya menganjurkan program seperti ini buat kali kelima sejak tahun 2007 dan menjadi rakan sekerja kepada 'The Prostheses Foundation'," katanya selepas merasmikan Program Prostesis Percuma, di sini hari ini.
Para penerima kaki palsu yang hadir pada hari ini perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan sesi konsultasi untuk memastikan mereka mendapat kaki palsu yang terbaik.
Sebanyak 259 unit lagi kaki palsu akan dihasilkan pada minggu ini sebelum diserahkan kepada penerima pada Sabtu hadapan.
Sementara itu, Setiausaha Yayasan Pertubuhan Pendidikan Akhlak Chee Hoon Khor, Chong Yit Chuan berkata, pihaknya sedang berusaha mencari sukarelawan dari Malaysia untuk dihantar ke Thailand bagi mengikuti kursus anjuran 'The Prostheses Foundation' untuk memperbanyakkan jumlah individu mahir dalam bidang prostetik.
"Kita mengutamakan doktor atau kakitangan perubatan yang telah bersara kerana mereka tahu perkara-perkara asas dalam bidang itu. Ini kerana program ini hanya berlangsung dalam tempoh tiga tahun sekali.
"Sepanjang tempoh tiga tahun itu, kita tidak boleh mengharapkan sukarelawan dari Thailand untuk turun ke sini dan melakukan kerja-kerja ubah suai atau melakukan pelarasan pada kaki palsu pemakai. Kita memerlukan sukarelawan sendiri yang akan berpusat di yayasan ini," katanya.
Individu yang berminat menyertai program itu boleh menghubungi 04-2267248 untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2019
Juruteknik Prostheses Foundation of Her Royal Highness the Princess Mother of Thailand membuat kerja-kerja menghasilkan kaki palsu di perkarangan Che Hoon Khor Moral Uplifting Society Penang pada Ahad. - Bernama
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Paras air Empangan Air Itam di tahap ketiga kritikal - Chow
Paras takungan air di Empangan Air Itam dikesan mencecah tahap ketiga kritikal dengan bacaan 30.8 peratus hari ini.
Tradisi rumah terbuka wadah menyatukan rakyat - Chow
Penganjuran rumah terbuka disifatkan sebagai wadah dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum seterusnya berupaya mengukuhkan perpaduan ke arah mewujudkan masyarakat yang harmoni.
MBPP mandulkan 6,046 anjing liar di Pulau Pinang
Selain TNR, Kerajaan Pulau Pinang juga mengamalkan polisi tidak memusnahkan anjing liar yang ditangkap melainkan ia sakit tenat.
Projek lebuh raya bertingkat, air Perak-P.Pinang dalam perbincangan - Chow
Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua dan Projek Air Perak-Pulau Pinang, kini dalam peringkat perbincangan melibatkan pelbagai kementerian Kerajaan Persekutuan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Boleh perluas teksi air jika dapat sambutan - Chow
Perkhidmatan teksi air boleh diperluaskan ke Seberang Perai sekiranya pelaksanaan pengangkutan itu di bahagian Pulau mendapat sambutan menggalakkan.
Pulau Pinang rekod aliran masuk pelaburan RM71.9 bilion pada 2023, tertinggi di Malaysia
Pulau Pinang berjaya merekodkan aliran masuk pelaburan berjumlah RM71.9 bilion pada 2023, yang tertinggi di Malaysia.
Akta 672: Pulau Pinang akan teliti, bincang sebelum buat keputusan
Pulau Pinang akan meneliti dan berbincang lebih lanjut dengan kerajaan Persekutuan berhubung menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Waktu bekerja penjawat awam Pulau Pinang kekal, pulang 4 petang
Chow berkata keputusan itu diambil kerana sepanjang bulan Ramadan, penjawat awam di Pulau Pinang bekerja mengikut waktu fleksibel.
Harap projek air Perak Pulau Pinang dapat disegerakan - KM
Pulau Pinang berharap Kerajaan Persekutuan dapat menyegerakan pemeteraian Projek Air Perak Pulau Pinang yang ditunggu-tunggu sejak 2011 lagi.