Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempergiatkan aktiviti pengesanan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing khususnya yang berada di Zon Merah di Selangor dan Kuala Lumpur, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya, setakat ini, KKM telah melaksanakan ujian saringan ke atas 22,339 pekerja asing dan 986 daripadanya didapati positif COVID-19.
"Dalam rawatan KKM, ada 457 kes, empat kes dirawat di Unit Rawatan Rapi, 525 kes telah sembuh dan ada empat kematian melibatkan pekerja asing.
"Sekarang (KKM) kenal pasti pekerja asing sebagai satu kumpulan sasar (untuk aktiviti pengesanan), jadi kita akan laksanakan ujian terutamanya mereka (yang berada) di Zon Merah sebab Zon Hijau tiada laporan pekerja asing dijangkiti.
"Kita akan laksanakan (aktiviti pengesanan ini) dalam tempoh terdekat" katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19, di sini pada Isnin.
Beliau berkata tempat tinggal pekerja asing yang padat antara faktor berlakunya penularan wabak itu dalam kalangan mereka.
"Masalah utama, kita lihat mereka duduk rumah atau apartment padat, dan mereka bekerja bukan satu sektor sahaja, ada kerja di pasar borong dan ada di tapak pembinaan dan isunya mereka duduk sekali, padat dan terlalu ramai, jadi kita kena buat saringan," katanya.
Ditanya berkenaan warga asing yang lari dari sebuah pusat kuarantin di Kuala Lumpur, Dr Noor Hisham berkata KKM sudah membuat laporan polis dan usaha menjejaki mereka akan dibuat oleh pihak polis.
"Yang pasti mereka bukan positif tetapi dikuarantinkan sebab ada terdedah dengan kes-kes positif (COVID-19). Kesemua mereka negatif tetapi mereka perlu jalani kuarantin selama 14 hari," katanya.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata penularan wabak COVID-19 dalam komuniti tempatan masih terkawal kerana strategi KKM yang melaksanakan 'pendekatan bersasar' membuahkan hasil.
"Tindakan kita untuk 'pendekatan bersasar' seperti kumpulan Seri Petaling, tahfiz dan sekarang warga asing. Ini tiga kumpulan sasar kita dan kita akan kenal pasti lokaliti dan ambil tindakan.
"Hari ini 45 kes, masih dua angka dan terkawal. Kalau kita lihat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 3 kita dah capai dua angka, kita harap dalam tempoh seminggu lagi angka semakin berkurangan," katanya sambil menambah terkawal bermaksud apabila fasiliti kesihatan negara berupaya menampung dan merawat kes baharu.
Beliau berkata KKM menjangkakan kes baharu COVID-19 akan berjaya mencapai rekod satu atau kekal dua angka, seawal 12 Mei ini.
Walaupun jangkaan itu sedikit lewat berbanding unjuran asal iaitu pada 5 Mei, beliau optimis unjuran baharu tersebut dapat dicapai dan lebih penting kadar penularan COVID-19 adalah terkawal.
Mengambil contoh kejayaan Korea Selatan dan Taiwan dalam membendung penularan COVID-19, kata beliau, konsep kepatuhan rakyat negara itu terhadap prosedur operasi standard (SOP) perlu dicontohi rakyat Malaysia.
"Amalan disiplin tinggi dan kepatuhan SOP telah diamalkan di negara-negara itu...mereka telah berjaya dan turut melaksanakan kaedah seperti PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Mencontohi kejayaan mereka, kita harap rakyat Malaysia patuh kepada SOP dan amalkan disiplin sosial yang tinggi...mungkin kita akan berjaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 06 2020
Noor Hisham berkata KKM telah melaksanakan ujian saringan ke atas 22,339 pekerja asing. - Bernama
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.