Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang giat memperhalusi usaha kerjasama dengan syarikat swasta tempatan bagi menangani sebarang penipuan dalam urusan transaksi pembelian dalam talian.
Timbalan Menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata buat masa ini, kementerian sedang berbincang dengan beberapa buah syarikat pembekal perlindungan data peribadi tempatan bagi merealisasikan kerjasama itu dengan memperkenalkan kaedah perkhidmatan fee payment gateway bagi urusan pembelian atas talian.
"Perkhidmatan berkemungkinan akan dikenakan sedikit bayaran...fi yang bakal dikenakan ke atas pengguna amat sedikit, contohnya melalui pembelian dalam talian sebanyak RM1,000, namun bayaran yang dikenakan mungkin dalam lingkungan 0.02 peratus atau 20 sen sahaja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Wanita Pulau Pinang Going Digital di sini hari ini.
Menurut beliau, jika perkara itu direalisasikan, syarikat swasta terlibat akan menyediakan perkhidmatan keselamatan siber yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan tinggi bagi tujuan melindungi data peribadi pengguna.
Langkah kerjasama ini dilihat mampu mengekang kes penipuan secara dalam talian di samping dapat mengawal sebarang pencerobohan data dan maklumat peribadi pengguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, katanya.
Mengenai penyebaran berita palsu, beliau berkata sehingga kini jumlah kertas siasatan yang dibuka bagi kes berkenaan kekal sebanyak 266 dengan 30 daripadanya sudah didakwa di mahkamah.
"Langkah proaktif kementerian menyediakan portal Sebenarnya.my dan pasukan gerak pantas berjaya menyebarkan maklumat benar dan sahih kepada masyarakat dan ia sedikit sebanyak dapat mengekang penyebaran berita palsu," katanya.
Mengulas lanjut, Zahidi berkata, penggunaan internet dalam kalangan rakyat Malaysia kini mencapai angka 26.69 juta pengguna.
"Peningkatan penggunaan internet dalam kalangan rakyat telah menunjukkan peningkatan sebanyak 3.1 juta berbanding 2019 iaitu 23.59 juta orang," katanya menambah penggunaan internet dalam kalangan pengguna meningkat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Kerajaan juga sedang meningkatkan inisiatif dalam meningkatkan jurang digital antara dan bandar dan luar bandar dengan menaik taraf perkhidmatan jalur lebar seperti 5G," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 08 2020
KKMM sedang giat memperhalusi usaha kerjasama dengan syarikat swasta tempatan bagi menangani sebarang penipuan dalam urusan transaksi pembelian dalam talian.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Kempen Klik Dengan Bijak anjur 569 program pada 2023, perangi maklumat palsu
Kempen Klik Dengan Bijak telah menganjurkan 569 program di seluruh negara pada 2023 dalam usaha memerangi penyebaran maklumat palsu dan disinformasi dalam media sosial.
Kontroversi filem Mentega Terbang: Kerajaan serah kepada Finas, SKMM buat siasatan - Menteri
Kerajaan menyerahkan SKMM dan Finas untuk menyiasat filem kontroversi Mentega Terbang yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia diperkemas, elak disalah guna
Kerajaan sedang mengkaji dan memperkemaskan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk memastikan skop dan penggunaannya tidak memberi ruang untuk disalahgunakan.
KKOM kini dikenali Kementerian Komunikasi dan Digital - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital, kata Menterinya Fahmi Fadzil.
Kurangkan beban pemuzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian
Perbincangan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
PerantiSiswa ada sistem pengesan, tindakan boleh diambil terhadap penerima cuba jual - Annuar
Annuar menjelaskan, dengan ada sistem pengesan itu, pihaknya dapat mengetahui sama ada ia diguna oleh penerima peranti tersebut atau sebaliknya.
'RIUH BENOR!' sasar 20,000 pengunjung
Program Kembara RIUH Keluarga Malaysia (KRKM), 'RIUH BENOR!', akan berlangsung Jumaat hingga Ahad ini.
8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One
Ia bagi merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara termasuk pembangunan bandar pintar di seluruh negara yang bermula di lapan negeri.
Kisah Setanggi Ratna Inderapura bakal difilemkan - Zahidi
Kisah sejarah srikandi Melayu, Sultanah Alam Shah atau Raja Ungu, yang terkenal dengan berpencak senjata dapat dijadikan pengajaran buat generasi muda.
K-KOMM akan angkat industri kreatif kepada kedudukan lebih baik - Annuar
Kerajaan telah menubuhkan agensi MyCreative Ventures untuk mentransformasi kegiatan seni kraf dan kreatif.