Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil langkah proaktif mengekang penularan militan Daish termasuk mengenal pasti laman web dan individu yang terlibat dengan gerakan itu.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata langkah yang dilaksanakan itu merupakan kerjasama dengan pelbagai kementerian antaranya Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata antara hasil daripada langkah itu sebanyak 72 laman web berkaitan militan Daesh telah disekat antara Ogos tahun lepas hingga Mac tahun ini.
"Pihak berkuasa turut membuat tangkapan dan bantuan segi teknikal daripada kementerian (KKMM) berjaya membantu pihak berkuasa mengesan penularan gerakan itu," katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.
Terdahulu beliau merasmikan Program Bual Bicara Isu-isu Semasa 2017 Zon Selatan di Bukit Katik di sini.
Jailani berkata melalui tindakan proaktif dan bersepadu bersama kementerian lain itu dapat menyekat usaha pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memujuk rakyat terutama anak muda menyertai militan Daish.
"Kita melalui SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) mempunyai satu unit yang dapat mengenal pasti siapa suspek tersebut (yang terlibat dengan militan Daish) yang akhirnya mereka ini diambil tindakan," katanya.
Beliau berkata KKMM melalui pelbagai agensi di bawahnya, terutama Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas, Jabatan Penyiaran dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, telah merancang pelbagai program penerangan dan penyampaian maklumat kepada rakyat mengenai ancaman militan Daish.
Sementara itu, Jailani berkata mereka yang cuba membuat kenyataan mensabotaj ekonomi, mengaibkan pemimpin atau menyebabkan masalah kepada negara tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.
"Akta-akta berkaitan yang sesuai, antaranya Akta Komunikasi dan Multimedia, akan diguna pakai untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana mereka yang cuba menghuru-harakan kerajaan atau mengaibkan pemimpin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2017
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata langkah yang dilaksanakan itu merupakan kerjasama dengan pelbagai kementerian antaranya KDN dan PDRM - Foto Fail Astro AWANI/Shahir Omar
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Daesh mengaku tanggungjawab letupan di Filipina
Militan Daesh yang mempunyai pengaruh di selatan negara itu, mengesahkan menerusi Telegram, anggotanya telah meletupkan bom tersebut.
3 jalani hukuman gantung di Iraq terlibat pengeboman Daesh ragut 300 nyawa
Perdana Menteri Iraq Mohammed al-Soudani menyifatkan hukuman itu "adil" semasa pertemuan dengan keluarga mangsa.
Empat terbunuh dalam serangan di masjid di Iran
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh selepas dua lelaki bersenjata menyerang masjid Shah Cheragh di Shiraz, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media Iran pada Ahad.
KKD beri perhatian bendung penyebaran ekstremis militan
Fahmi Fadzil berkata ia supaya penyebarannya tidak terus berleluasa mempengaruhi umat Islam dalam negara.
Ketua Daish mati dalam operasi AS di Syria
Presiden AS, Joe Biden berkata pada Khamis bahawa Ketua Daish, Abu Ibrahim al-Hashimi al-Qurashi membunuh diri dengan menggunakan bahan letupan ketika askar-askar unit khas AS menyerbunya di Syria.
Operasi risikan halang perkembangan ideologi pengganas - Penganalisis
Operasi risikan dan tangkapan dari pihak berkuasa yang proaktif telah berjaya menghalang perkembangan ideologi pengganas.
AS tamatkan misi pertempuran di Iraq selepas 18 tahun
Presiden Demokrat itu sedang menyelesaikan misi pertempuran Amerika dalam dua perang yang dimulakan oleh Presiden George W Bush sewaktu pentadbirannya.
Cabaran berganda ESSCom tangani COVID-19 dan keselamatan
Sejak tahun lepas, ESSCom, berdepan 'cabaran berganda yang luar daripada kebiasaannya' dalam usaha memastikan keselamatan di ESSZone terus terjamin.
Sokong, edar barangan berkaitan Daesh, penjual cendol dipenjara 16 tahun
Dia didapati bersalah atas sembilan pertuduhan, antaranya memiliki dan mengedar barangan berkaitan pengganas Daesh serta memberi sokongan kepada kumpulan itu.
Bekas penyampai televisyen Afghanistan maut dalam letupan bom kereta
Setakat ini polis masih belum mengenal pasti identiti dua lagi mangsa yang terbunuh dalam letupan itu.