Kedai Letrik Satu Malaysia (KL1M) yang mempromosikan Lampu LED Teknologi Hijau menyasarkan pembukaan 100 francais di seluruh negara.

Keyakinan tersebut bersandarkan inisiatif kerajaan yang menggalakkan penggunaan teknologi hijau.

Pengasasnya, Anas Ali berkata ia akan berjaya dilaksanakan lebih-lebih lagi dengan bantuan kerajaan selain didorong tawaran harga berpatutan.

Jelas Anas, penubuhan kedai berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat dalam penggunaan lampu teknologi hijau.

Selain menawarkan harga berpatutan ia turut mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah.

Pelancaran prototaip pertama KL1M di Taman Maluri, Kuala Lumpur mendapat sokongan sepenuhnya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA)dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

KL1M akan beroperasi sebaik sahaja mendapat lesen hujung April ini.