Klang dan Kuala Langat alami gangguan bekalan air berperingkat hari ini

Klang dan Kuala Langat alami gangguan bekalan air berperingkat hari ini
Air Selangor sedang melakukan persiapan bagi menggerakkan bantuan lori-lori tangki ke kawasan terjejas dan mengaktifkan Pusat Khidmat Setempat (PKS) pada 3 petang ini. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan beberapa kawasan di Wilayah Klang dan Kuala Langat dijangka mengalami gangguan bekalain air tidak berjadual secara berperingkat.

Sebanyak 84 kawasan di daerah Klang dan sembilan kawasan di daerah Kuala Langat akan terjejas ekoran insiden itu.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasinya, Abdul Raof Ahmad berkata gangguan tersebut susulan insiden paip pecah di jajaran paip utama 1800mm di Setia Alam, Shah Alam.

“Status terkini dan butiran lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
“Pihak kami sedang membuat persiapan bagi menggerakkan bantuan lori-lori tangki air ke kawasan terjejas dan mengaktifkan Pusat Khidmat Setempat (PKS) pada jam 3 petang hari ini.

"Pihak kami memohon maaf atas kesulitan ekoran insiden yang tidak dijangkakan ini dan akan mengambil segala usaha dan tindakan perlu bagi mempercepatkan kerja pembaikan serta meminimumkan impak gangguan bekalan,” demikian menurutnya dalam kenyataan, pada Isnin.

Susulan itu, beliau berkata Syabas kini komited untuk melakukan kerja pelaksanaan dan tindakan mempercepatkan kerja pembaikan dan meminimakan impak gangguan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang Syabas di www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit Air Selangor serta Facebook Air Selangor.

Di bawah merupakan lampiran kawasan yang dijangka terjejas:

"Pihak kami memohon maaf atas kesulitan ekoran insiden yang tidak dijangkakan ini dan akan mengambil segala usaha dan tindakan perlu bagi mempercepatkan kerja pembaikan serta meminimumkan impak gangguan bekalan," katanya.

Kawasan yang akan terjejas bagi daerah Klang adalah di Ambang Botanik, Jalan Kem, seluruh kawasan perindustrian Bandar Sultan Sulaiman dan Perdana Industrial Park, Armada Putera, Jalan Limbungan, seluruh kawasan perindustrian Bukit Raja Selatan, Bandar Bestari, Jalan Syahbandar, seluruh Perepat, Bandar Botanik, Johan Setia, seluruh Sementa, Bandar Bukit Tinggi 1, Kampung Kastam, seluruh Sungai Putus, Bandar Bukit Tinggi 2, Kampung Pulau Indah, sepanjang Jalan Goh Hock Huat, Bandar Klang (Batu 1 hingga 3 Jalan Meru), Kampung Raja Uda, Sungai Sireh, Bandar Parkland, dan Kampung Telok Gong.

Selain itu, turut akan terjejas adalah Taman Bayu Mas, Bandar Putera 2, Taman Berkeley/Eng Ann, Taman Bayu Perdana, Bandar Puteri, keseluruhan Jalan Raja Nong, Taman Bayu Tinggi, Glenmarie Cove, seluruh Taman Sri Andalas, Taman Berembang, Glenn Cruise, Kampung Keretapi, Taman Bijaya Kampung Jawa, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kampung Pendamar, Taman Chi Liung, Jalan Dato' Hamzah, Kota Pendamar, Taman Desawan, Jalan Istana, Laguna Park, Taman Gembira, Jalan Kapar Batu 1 hingga 5, Lorong Tingkat dan Rembau, Taman Klang Jaya, Jalan Klang-Banting, Pandamaran, Taman Palm Groove, Jalan Kota, Pangsapuri Sri Perantau, Taman Pendamar Indah, Jalan Kota Raja, Pelabuhan Utara, Taman Samudera.

Jalan Padang, kawasan Perindustrian Pulau Indah Fasa 1 dan 2, Taman Selatan, Jalan Pelabuhan Utara, Taman Sentosa, Jalan Raja Lumu, Persiaran Raja Muda Musa, Taman Suria Pendamar, Jalan Raya Barat, Jalan Raya Timur, Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 1, 2 dan 3, Telok Gadong Kecil, Telok Gadong Indah, Jalan Stesen dan Solok Besar, Taman Petaling Indah, Jalan Tengku Badar, Taman Radzi Telok Gadong Besar, Jalan Tengku Diauddin, Pulau Ketam, Westport, Jalan Tengku Kelana, seluruh Batu Belah dan Teluk Kapas, Wisma Polis Marin Pulau Indah dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Bagi daerah Kuala Langat pula, kawasan yang mengalami gangguan bekalan air adalah di Batu 9 Kebun Baru, Eco Sanctuary, Jalan Sijangkang Utama, Kampung Medan, Sijangkang Batu 7 hingga Batu 9, Taman Perwira, Taman Seri Medan, Taman Sijangkang Jaya dan Tropicana Aman.

Tag: gangguan bekalan air, paip utama, klang, kuala langat, paip pecah, air selangor


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.