Seramai 872 orang penduduk di kawasan Sanglang, Perlis akan menjalani saringan pengesanan wabak COVID-19 susulan penularan kluster PUI Sivagangga di kawasan itu.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menjelaskan dua kampung yang terlibat adalah Kampung Kuala Sanglang seramai 560 orang serta Kampung Tanah Timbul melibatkan 312 orang penduduk.
"Kita sekarang ini dalam usaha untuk mencegah, kita kenalpasti kemungkinan individu, jadi kita akan melakukan proses mengenalpasti di dua buah kampung iaitu Kampung Kuala Sanglang dan ini melibatkan 560 orang dan satu lagi di Kampung Tanah Timbul yang ini melibatkan 312 orang," kata Azlan.
Terdahulu, dalam satu sidang media, beliau mengesahkan 11 kes positif COVID-19 di negeri Perlis termasuk 10 kes baharu yang dicatatkan hari ini.
Perkara terbabit jelasnya akan diumumkan secara rasmi melalui kenyataan atau sidang media yang akan dibuat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) petang ini.
Tambah Azlan, kesemua pesakit termasuk seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, seorang pelajar sekolah rendah dan seorang pelajar sekolah menengah merupakan ahli keluarga yang tinggal serumah dengan pesakit pertama daripada kluster berkenaan di Perlis.
"Saya bagi pecahannya, 10 orang itu, ibu dan bapa, dan ada anak dia, 40 tahun, ada yang berumur 35 tahun, 27 tahun, 16 tahun, 13 tahun, 11 tahun, 21 tahun dan 3 tahun, itu 10 orang, mereka ini semua satu rumah," katanya lagi.
Sementara itu, menurut beliau, kesemua pesakit tersebut kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.
Astro Awani
Fri Aug 07 2020
Azlan mengesahkan 11 kes positif COVID-19 di negeri Perlis termasuk 10 kes baharu yang dicatatkan hari ini. - Gambar fail
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
Nahas helikopter Lumut: Joanna seorang penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Sedih dan muram namun reda, itu yang dapat dilihat pada wajah ahli keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna sejurus mendapat perkhabaran duka tragedi pemergiannya pada pagi Selasa.
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Kes tuntutan palsu, AMLA babit Azlan Man dibicara tahun depan
Mahkamah Sesyen menetapkan perbicaraan kes mengemukakan tuntutan palsu RM1.18 juta dan menerima hasil daripada aktiviti haram (AMLA) membabitkan bekas Menteri Besar Perlis, bermula Julai tahun depan.
Azlan Man akan kemuka representasi kaji 10 pertuduhan
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man akan mengemukakan representasi kepada AGC bagi mengkaji 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu dan menerima wang hasil aktiviti haram.
10 kes tuntutan palsu, AMLA Azlan Man dibicarakan bersama
Azlan Man, 64, sebelum ini dituduh atas lima kes mengemukakan tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis sementara lima kes AMLA di mahkamah sama di Kuala Lumpur.
Kes tuntutan palsu bekas MB Perlis, Azlan Man dipindah ke Mahkamah KL
Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya SPRM Rehab Abdul Shukur.
Bekas MB Perlis mengaku tidak bersalah terima wang haram RM1.06 juta
Bekas MB Perlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL atas lima pertuduhan terima wang haram berjumlah RM1.06 juta.
Bekas MB Perlis akan didakwa lagi esok
Azlan, 65, dijangka dituduh berdasarkan jemputan liputan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Azlan Man hadapi lima tuduhan tuntutan palsu bernilai lebih RM1.18 juta
Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melibatkan tuntutan palsu berjumlah lebih RM1.18 juta.
Bekas MB Perlis tiba di mahkamah bagi pertuduhan di bawah Akta SPRM
Azlan tiba bersendirian kira-kira 8.15 pagi dan terus masuk ke Mahkamah Sesyen 1.
Pemilihan UMNO: Azlan Man, Mohamad Ali gagal pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian
Azlan tewas kepada bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.
PRU15: Azlan Man gagal pertahan kerusi DUN Bintong
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong, Datuk Seri Azlan Man gagal mempertahankan kerusi itu selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Fakhrul Anwar Ismail.