Selepas lebih tiga bulan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan berita gembira selepas kluster terbesar negara, iaitu kluster Sri Petaling diisytihar tamat.

Berikut tumpuan sidang media KKM pada Rabu;

1. Tiga kes baharu yang direkodkan, dan ia kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Jumlah kes positif COVID-19 adalah sebanyak 8,677 kes.

2. Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19, jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 121 kes atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

3. Lima kes sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih dan discaj adalah sebanyak 8,486 kes (97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

4. Kluster terbesar negara, iaitu Perhimpunan Sri Petaling diisytihar tamat.

5. Setakat 8 Julai, sejumlah 42,023 individu disaring dalam kluster Sri Petaling. Daripada jumlah itu, 3,375 dilaporkan positif COVID-19.