Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan satu kluster baharu yang tertumpu di Mukim Tawar, Kedah, dan diberi nama Kluster Tawar.

Berikut merupakan lima fokus utama sidang media beliau di Putrajaya hari ini.

i. Sebanyak 15 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 9,129 kes.

ii. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 menjadi 183 kes dan kesemua mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan.

iii. Sebanyak empat kes telah sembuh dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya adalah 8,821 kes atau 96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

iv. Tiada sebarang kematian direkodkan. Kematian kekal 125 kes atau 1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

v. KKM telah mengesan satu kluster baharu, iaitu Kluster Tawar, dengan sembilan individu dikesan positif.