Sebanyak 147 kes baharu dengan tiga kematian dicatatkan pada Rabu, selain satu lagi kluster baharu dikesan di Sabah.

Ini lima tumpuan utama kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, hari ini.

1) Sebanyak 147 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan dengan jumlah keseluruhan kes kini 10,505 kes.

2) Tiga kematian melibatkan dua warganegara dan seorang warga Indonesia direkodkan menjadikan jumlah kematian sebanyak 133 kes setakat ini.

3) Lima kluster catat penambahan kes ketara terutama Kluster Benteng LD.

4) KKM tambah kapasiti ujian makmal sehingga 2,500 ujian sehari di Sabah.

5) Kluster Baharu dikenali sebagai Kluster Udin dikesan di Tawau melibatkan warganegara berusia 72 tahun.