Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini membidas timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub yang mendakwa tindakan kerajaan negeri ini menghantar peguam ke London berhubung Perjanjian Malaysia 1963 akan mengundang orang luar untuk "campur tangan" dalam hal ehwal dalaman negara.
"Kenyataan beliau mencerminkan kualiti kepimpinan mereka (Amanah). Cetek sungguh pemikiran mereka. Sukar untuk kita bergantung pada kepimpinan seperti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan jerayawara Lembaga Jurutera Malaysia di sini.
Beliau berkata delegasi Sarawak akan berada di London selama kira-kira seminggu dalam misi mencari fakta untuk meneliti sumber dan dokumen berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 yang membawa Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak menjadi Malaysia. (Singapura keluar daripada Malaysia pada 1965 dan menjadi negara sendiri).
Sabtu lepas, Abang Johari berkata Sarawak akan menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan mengkaji bahan rujukan berkaitan hak negeri ini mengikut Perjanjian Malaysia 1963.
Pasukan itu akan diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Dalam perkembangan lain, Abang Johari berkata syarikat cari gali minyak dan gas luar pantai milik Sarawak akan memulakan operasinya dalam masa enam bulan lagi.
Kerajaan kini dalam proses menubuhkan syarikat berkenaan, Petroleum Sarawak (Petras), 100 peratus milik kerajaan negeri, yang akan bekerjasama dengan syarikat minyak nasional, Petronas, katanya.
Menurut beliau, perkara berkaitan pelaburan awal syarikat itu masih dibincang.
Abang Johari berkata, sebelum ini, syarikat minyak dan gas dari Sarawak hanya terlibat dengan aktiviti minyak dan gas hiliran di Bintulu, dengan pelaburan dianggar berjumlah AS$2 bilion.
Petras, katanya, akan terlibat dalam aktiviti huluan cari gali minyak dan gas serta pengeluaran gas dan minyak di kawasan perairan Sarawak.
Beliau berkata syarikat itu akan menggunakan tenaga profesional daripada kalangan anak Sarawak yang sudah terlibat dalam industri berkenaan, termasuk mereka yang kini bekerja dengan Petronas, Shell dan Murphy Oil.
"Kami ada anak Sarawak yang terdiri daripada jurutera dalam bidang ini dan ini akan memberi peluang kepada rakyat Sarawak untuk bekerja dengan syarikat itu," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri menggunakan pendekatan holistik dan akan bekerjasama dengan Petronas untuk mencari gali serta mengeluarkan minyak dan gas di perairan Sarawak.
"Tiada gunanya menyalahkan orang lain. Kami perlu gerakkan inisiatif sendiri dan mempersiapkan diri kami untuk terlibat dalam industri ini," katanya.
Beliau berkata keuntungan yang diraih akan dikongsi antara kerajaan negeri dan Petronas berdasarkan ekuiti.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2017
ABANG JOHARI: Kenyataan beliau mencerminkan kualiti kepimpinan mereka (Amanah). Cetek sungguh pemikiran mereka. Sukar untuk kita bergantung pada kepimpinan seperti itu. -Gambar fail
Malaysia gesa masyarakat antarabangsa terus menekan Israel
Wisma Putra menjelaskan keganasan Israel terhadap Palestin di Gaza yang menyebabkan kini dilanda kebuluran, malnutrisi dan penyakit.
10 Berita Pilihan - (29 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kementerian bercadang anjur jelajah tingkat kesedaran kanak-kanak guna media sosial - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau telah berhubung dengan pejabat Menteri Pendidikan bagi menyatakan hasrat itu.
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Tumpuan Sabtu - 30 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
KM Sarawak selar Salahuddin Ayub berhubung Perjanjian Malaysia
Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini membidas timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub yang mendakwa tindakan kerajaan negeri ini menghantar peguam ke London berhubung Perjanjian Malaysia 1963.