Tutup

KMM adakan siasatan dalaman berhubung kebocoran ujian awal DNA babi

KMM adakan siasatan dalaman berhubung kebocoran ujian awal DNA babi
Kemampuan dan prosedur yang digunapakai makmal Kementerian Kesihatan adalah sama seperti yang dimiliki JAKIM
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran laporan awal ujian DNA babi dalam kandungan coklat Cadbury.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mengesahkan bahawa pihaknya melakukan kesilapan ketika membuat pengumuman pertama.

Siasatan turut meliputi bagaimana maklumat itu boleh tersebar ke media sosial yang seterusnya mencetuskan kekecohan dan kekeliruan dalam masyarakat.

Menurutnya, individu atau pihak berkenaan tidak sepatutnya membocorkan maklumat awal itu sebelum ujian pengesahan dijalankan ke atas sampel coklat terbabit.
Sementara itu, Hilmi menjelaskan kemampuan dan prosedur yang digunapakai makmal Kementerian Kesihatan adalah sama seperti yang dimiliki Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Justeru, beliau meminta orang ramai meyakini kajian JAKIM melalui ujian Jabatan Kimia, bahawa dua produk coklat tersebut tidak mengandungi sebarang DNA babi.