Tutup

Koc wanita diceroboh: Bagaimana pula dengan hak kesamarataan jantina?

Koc wanita diceroboh: Bagaimana pula dengan hak kesamarataan jantina?
Jika golongan lelaki menggunakan koc khas tersebut, ini bermakna keselesaan dan keselamatan golongan hawa telah diceroboh. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seperti kita sedia maklum, koc wanita sememangnya dikhaskan untuk kaum Hawa. Jika golongan lelaki menggunakan koc khas tersebut, ini bermakna keselesaan dan keselamatan golongan itu telah diceroboh.

Hal ini mungkin dipandang remeh oleh sesetengah orang, namun bagi golongan wanita, mereka berasa kurang senang apabila terdapat lelaki di dalam koc yang sepatutnya dikhaskan untuk mereka.
Ini bukanlah isu yang janggal kita dengar. Apabila lelaki bebas memasuki koc wanita, banyak berlakunya kes gangguan seksual serta kecurian yang menyaksikan wanita menjadi mangsanya.

“Perlu ada pengawal wanita di koc berkenaan. Jangan bagi muka kepada penceroboh. Lebih2 lagi warga asing” kata seorang pengguna media sosial, Haji Mohd Sani menenerusi akaun peribadinya di ruangan komen laman Facebook Astro AWANI.
Antara komen yang diterima oleh team Astro AWANI di laman Facebook.

Adakah wajar kita memerlukan pengawal di koc wanita?

Berbeza pula dengan Naqiuddin Imran Abd Razak yang menyokong hak kesamarataan jantina atau gender equality. Beliau juga turut menentang idea koc wanita, parkir kereta khas wanita dan lain-lain yang berkaitan.

“Saya sokong hak kesamarataan jantina. Oleh itu, saya menentang idea parker kereta khas wanita, koc wanita dan perkara seangkatan dengannya,” kata Naqiuddin di ruang komen Facebook Astro AWANI.

Turut menambah: “Ya, saya faham mengenai gangguan seksual, kami lelaki juga turut menjadi mangsa. Kita perlukan undang-undang yang tegas, kesedaran untuk membendung situasi ini daripada terjadi. Keperluan khas hanya untuk mereka yang istimewa seperti orang kelainan upaya dan bukannya untuk wanita yang sihat.”

Menurut Anwar Yusri pula, masalah ini boleh diselesaikan jika rakyat Malaysia mula bijak memahami dan polisi warga asing boleh diubah berkenaan hal tersebut.

Pandangan itu pula dibalas oleh Mohd Fazil yang menyatakan kebanyakan kes pencerobohan lelaki di koc wanita adalah disebabkan warga asing dan bukannya disebabkan lelaki Malaysia kerana lelaki Malaysia terkenal dengan sifat sopan santunnya.

Mewakili kaum Hawa, Adlina Fatnin Abdul Razak turut komen di status berkenaan dan berpendapat bahawa lelaki-lelaki yang memasuki koc wanita itu adalah jahil, tidak peduli dan mementingkan diri sendiri pada masa yang sama.

“Saya faham jika seorang suami menemani isteri yang sedang hamil di koc wanita, tetapi itu adalah situasi yang berbeza” kata Adlina berhubung status Facebook tersebut.

Bagi menjamin keselamatan dan keselesaan kaum hawa ketika menaiki tren, masalah pencerobohan ini harus dihentikan segera.

Apa kata anda? Berikan komen di bawah dan teruskan menyokong Astro AWANI.


Tag: Facebook, Astro Awani, koc wanita, Malaysia, lelaki, warga asing



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.