Seorang lelaki yang ditembak pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) awal pagi ini merupakan salah seorang 'komander' kepada Kumpulan Militan Abu Sayyaf.
Suspek, Abu Paliyak atau dikenali sebagai Komander Paliyak atau Yusuf, 31 juga berperanan sebagai tali barut kepada kumpulan penculik untuk tebusan (KFR) yang diketuai oleh Kumpulan Remy.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, Kumpulan Remy itu aktif melakukan jenayah rentas sempadan di selatan Filipina dan pantai timur Sabah.
"Siasatan lanjut mendapati suspek terlibat dalam beberapa kes rompakan dan penculikan di laut iaitu kawasan perairan Kunak dan Lahad Datu sekitar tahun 2014," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di sini pada Isnin.
Ramli menambah, dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, sebuah bot dinaiki Abu Paliyak dikesan di kawasan perairan Pulau Kantong Kalungan, Lahad Datu dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, ketika bot pasukan keselamatan cuba menghampiri bot tersebut dan memperkenalkan diri sebagai polis, tiba-tiba bot itu memecut laju serta Abu Paliyak melepaskan tembakan ke arah bot pasukan keselamatan.
Menurut beliau, ekoran tindakan Abu Paliyak itu, polis telah melepaskan tembakan balas ke arah bot suspek sebelum berjaya menghampiri dan mendapati seorang lelaki telah terbaring di dalam bot terbabit dengan kesan tembakan.
"Hasil siasatan lanjut pada bot suspek itu menjumpai selaras senapang patah yang telah diubah suai bersama satu butir kelongsong peluru di dalam kebuk senjata tersebut .
"Pemeriksaan pada badan suspek mendapati terdapat kira-kira sembilan parut lama dipercayai kesan tembakan dan terkena bahan letupan di bahagian peha, perut serta lengan kanan selain jari tengah sebelah kiri suspek putus dipercayai kesan daripada kecederaan lama," katanya.
Tambah Ramli, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan saki-baki tali barut dan ahli kumpulan mereka yang masih bebas.
Astro Awani
Mon Dec 04 2017
Suspek yang berusia 31 tahun ditembak di perairan Pulau Kantong Kalungan, Lahad Datu. - Gambar fail
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Polis Sabah buru seorang lagi rakan Abu Paliyak
Polis kini giat memburu seorang lagi ahli kumpulan yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes rompakan dan penculikan di kawasan perairan Kunak dan Lahad Datu pada tiga tahun lalu.
Komander Abu Sayyaf individu ditembak di Lahad Datu pagi tadi
Seorang lelaki yang ditembak pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) awal pagi ini merupakan salah seorang 'komander' kepada Kumpulan Militan Abu Sayyaf.