Pembinaan Kompleks Sukan Komuniti Azman Hashim bernilai RM14 juta di Sibu Jaya mampu membantu Sarawak melahirkan jaguh sukan bertaraf dunia seperti ratu terjun negara Pandalela Rinong dari kalangan anak tempatan.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kompleks sukan itu yang dibina dan didermakan sepenuhnya oleh pengerusi AmCorp Group Tan Sri Azman Hashim melalui Yayasan Azman Hashim dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan, latihan dan riadah yang termoden.
"Masyarakat di Sibu Jaya ini sangat beruntung akan mempunyai kompleks sukan yang menyediakan kemudahan sukan terkini yang belum lagi terdapat di tempat lain di Sarawak," katanya pada majlis pecah tanah kompleks itu di bandar baru ini.
Kompleks, yang dijangka siap pada 2021, boleh digunakan oleh masyarakat di Sibu Jaya untuk beriadah dan bersenam terutamanya dalam kalangan golongan muda bagi mengelakkan diserang penyakit jantung, diabetes dan penyakit tidak berjangkit yang lain.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukan tapak tanah bagi membina kompleks sukan itu di samping semua kos pembinaan ditanggung oleh Tan Sri Azman Hashim.
Terdahulu Tan Sri Azman dalam ucapannya berkata, dengan adanya kompleks sukan itu ia akan memberi manfaat kepada 32,000 penduduk Sibu Jaya.
Pelabur, yang aset bersihnya dianggarkan oleh Forbes berjumlah USD600 juta, yang juga orang kesembilan terkaya di Malaysia itu melahirkan harapan pusat sukan itu akan menggalakkan generasi muda dan masyarakat Sibu Jaya menikmati gaya hidup sihat selain melahirkan ahli-ahli sukan negara suatu ketika kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 23 2019
Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukan tapak tanah bagi membina kompleks sukan itu di samping semua kos pembinaan ditanggung oleh Tan Sri Azman Hashim.
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini.
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Sistem GPS bawah laut dibangunkan untuk penyelam skuba
Sehingga lima individu boleh menggunakan DNS serentak untuk setiap pelampung.
UPKK 2023: 28,531 calon peroleh keputusan 8A
Sebanyak 88 peratus calon lulus keseluruhan, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan pula ialah 1.89 mata.
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Penumpang harap banjir cepat pulih, hanya mahu pulang
Penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE mengharapkan cuaca lebih baik, banjir pulih supaya merekatidak lagi terkandas tetapi dapat menaiki pesawat dan pulang ke kampung halaman.
Ribut kencang, banjir besar badai Asia Barat
Hujan lebat yang melanda Asia Barat sejak dua hari lalu melumpuhkan bandar kewangan Dubai, menyebabkan banjir kilat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Bahrain dan mengorbankan lebih 18 nyawa di Oman.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
AWANI Ringkas: Susulan letusan Gunung Berapi Ruang di Indonesia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPT bantu urus bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Zambry berkata pihaknya sedang mendapatkan maklum balas dan maklumat lengkap berhubung pelajar terlibat daripada Kementerian Luar (Wisma Putra).
Kerajaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan, jika tangguh pelaksanaan subsidi bersasar
Kerajaan perlu mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini.
Program Repatriasi Migran: Lebih RM9 juta kompaun dikutip setakat ini
Program berkenaan dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Disember depan.
Pemimpin masyarakat, agensi kerajaan perlu bantu usaha noktah kemiskinan tegar - Azman
Peranan pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan sangat penting untuk memantau serta memberikan laporan kepada pihak kerajaan.
Kerajaan capai sasaran defisit fiskal pada 2023 - Kementerian Kewangan
Paras defisit fiskal diunjur terus berkurang kepada 4.3 peratus pada 2024 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 melibatkan pinjaman baharu berjumlah RM85.4 bilion.
Kerajaan komited perluas ekonomi digital, penuhi keperluan pelabur
Langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
Kerajaan sentiasa beri peluang kepada golongan berpendapatan rendah miliki rumah
Peluang buat golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri dibuka antaranya melalui program Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Setiausaha Akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya - PM
Ia untuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Kerajaan, pesara hakim diberi tempoh sebulan selesai saman berhubung isu pencen
Mahkamah Tinggi memberi tempoh sebulan kepada kerajaan dan 35 individu untuk mencapai kata sepakat berhubung penyelesaian dalam kes saman membabitkan isu pencen.