Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah menyeru agar semua pihak menghayati dan meneladani konsep 'Rahmah' dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk pada Sabtu.
Baginda bertitah sikap 'Rahmah' juga harus diterapkan dalam semua elemen kehidupan merangkumi kebajikan rakyat berbilang kaum, pembelaan golongan wanita, kanak-kanak, warga emas, golongan fakir dan miskin, anak yatim, mualaf, orang kelainan upaya (OKU), para pesakit dan dhuafa' sehinggalah kepada penjagaan flora dan fauna serta alam semula jadi.
"Tema sambutan Hijratul Rasul (Maal Hijrah) bagi tahun ini adalah 'Negara Rahmah, Ummah Sejahtera'. Selari dengan keadaan dan situasi semasa. Tema ini sangat bertepatan dengan aspirasi dan gelombang kesedaran umat Islam di negeri ini khasnya berkaitan isu-isu kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan," tegas baginda.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Bacaan Doa Sempena Akhir Tahun 1440 Hijrah dan Awal Tahun 1441 Hijrah serta Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1441 Hijrah/ 2019 Masihi di Masjid Al-Ismaili, Pasir Pekan di sini, pada Sabtu malam.
Hadir sama Tengku Temenggong Kelantan yang juga Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Nazran Muhammad dan Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan.
Baginda turut bertitah menyeru agar rakyat membebaskan diri daripada belenggu penjajahan terutama membabitkan pemikiran dan kebudayaan.
"Sempena dengan sambutan kemerdekaan negara pada hari ini, sememangnya kita telah bebas daripada belenggu penjajah sejak 62 tahun lalu tetapi pemikiran dan budaya kita masih dijajah dan kita belum bebas daripada itu.
"Bersempena dengan Majlis Sambutan Hijratul Rasul yang penuh bermakna ini, beta menyeru kepada sekalian yang hadir agar kembali menghayati ajaran Islam, dengan wasilah mencontohi keperibadian, semangat, daya juang dan akhlak Rasulullah S.A.W," titah baginda.
Pada majlis berkenaan, baginda turut berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1441 Hijrah/ 2019 Masihi kepada Muhammad Yunan Mohamood, 74 (ulang: Muhammad Yunan Mohamood).
Muhammad Yunan membawa pulang wang tunai RM10,000, plak dan sijil penghargaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 31 2019
Baginda turut bertitah menyeru agar rakyat membebaskan diri daripada belenggu penjajahan terutama membabitkan pemikiran dan kebudayaan. -fotoBERNAMA
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?
Perkembangan terbaru ni pastinya memberi impak kepada Misi Freedom Flotilla untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli, Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan laluan Sabah, Sarawak, Labuan
Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Konsep 'Rahmah' wajar dihayati semua pihak - Sultan Muhammad V
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah menyeru agar semua pihak menghayati dan meneladani konsep 'Rahmah' dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk hari ini.