GEORGE TOWN:Semua individu yang menghadiri sidang media Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada Rabu dinasihatkan mengurangkan pergerakan luar dan berada di rumah jika tiada keperluan untuk keluar.
Kon Yeow berkata, nasihat itu dibuat selepas seorang petugas media di negeri itu telah diarahkan menjalani kuarantin di rumah bermula Khamis susulan menjadi kontak rapat kepada kes positif COVID-19.
Tegasnya, semua pihak termasuk petugas media perlu memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa bekerja atau berada di tempat awam.
Menurut beliau, pihaknya telah menghubungi Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang, Dr Asmayani Khalib untuk pengesahan serta mendapatkan panduan lanjut.
"Saya dimaklumkan bahawa seorang petugas media telah sah menjalani ujian saringan susulan menjadi kontak rapat kepada salah satu kes positif COVID-19 yang dilaporkan pada Khamis.
"Oleh itu, semua individu yang berada di sidang media semalam dinasihatkan supaya mengurangkan pergerakan luar, berada di rumah jika tiada keperluan untuk keluar dan pastikan pematuhan SOP ketika bekerja atau berada di tempat awam," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tambahnya, JKN Pulau Pinang juga memaklumkan bahawa arahan kuarantin hanya akan dikeluarkan kepada kontak rapat kes yang disahkan positif COVID-19 sahaja.
"JKN Pulau Pinang akan berhubung rapat dengan Pejabat Ketua Menteri berhubung keputusan ujian saringan dan perkembangan lanjut dari masa ke semasa.
"Saya minta, jangan tularkan maklumat yang bukan daripada sumber sahih sehingga mencetuskan situasi panik yang tidak sepatutnya," katanya lagi.
Terdahulu, seorang petugas media Pulau Pinang diperintahkan untuk menjalani kuarantin di rumah setelah rakan serumahnya disahkan positif (COVID-19).
Kelab Media Mutiara Pulau Pinang (Mutiara) dalam satu kenyataannya berkata, petugas media yang juga ahli Mutiara itu menjalani ujian saringan di Klinik Kesihatan Bayan Baru pada pagi Khamis.
Dia kini sedang menunggu keputusan ujian tersebut dan diperintahkan menjalani kuarantin di rumah.
Sementara itu, Presiden Mutiara, Imran Hilmy Tawfik Hilmy berkata, tugasan terakhir jurukamera tersebut adalah sidang media Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), pada Rabu.
"Mutiara ingin menasihati kontak rapat dalam kalangan ahli kelab atau rakan media yang lain agar segera mendapatkan nasihat perubatan dari Jabatan Kesihatan Pulau Pinang atau pun menjalani isolasi kendiri di rumah masing-masing.
"Diharapkan tidak ada mana-mana pihak menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga keputusan rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diperolehi," katanya
Beliau berkata, semua aktiviti kelab yang dirancang dalam masa terdekat ditangguhkan buat sementara waktu.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Oct 29 2020
KON YEOW: Semua individu yang berada di sidang media semalam dinasihatkan supaya mengurangkan pergerakan luar, berada di rumah jika tiada keperluan untuk keluar. - Foto Facebook/Chow Kon Yeow
Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 dilulus
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 berkata, RUU berkenaan akan memberi laluan bagi pembangunan OTEC sebagai sumber tenaga boleh baharu yang baharu dan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Ekonomi Biru.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Saya akan saman sekiranya ada yang fitnah! - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyaman pihak yang memfitnah beliau sebagai pendatang asing.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kebajikan anak mendiang Felicia akan dijaga - Richard Riot
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jem menyifatkan mendiang Felicia sebagai wirawati negara dan beri jaminan akan memastikan kebajikan anak mendiang akan diberi keutamaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.