Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan merogol anak tirinya.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang berusia 53 tahun didakwa telah merogol mangsa yang ketika itu berumur 12 tahun di sebuah rumah di Kampung Peringat pada jam 7 pagi pada 9 Jun, 2014.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh sekali lagi merogol mangsa pada Jun 2016 ketika mangsa berusia 14 tahun di sebuah rumah di kampung Kuar, Gunong, daerah Bachok pada jam 7 pagi.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Sekiranya sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dari 8 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun, dan disebat tidak kurang dari 10 sebatan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, Siti Hajar Alias.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 29 Januari depan sementara menunggu laporan kimia.