Semua syarikat perkhidmatan kontraktor kawalan keselamatan sekolah telah mendapat bayaran sehingga Jun melainkan syarikat yang mempunyai masalah dokumentasi dan yang belum membuat tuntutan.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Pendidikan menjelaskan bahawa sebahagian syarikat juga telah dibayar tuntutan bulan Ogos lalu berdasarkan kesempurnaan tuntutan yang dibuat.
Ia berkata bayaran juga telah dibuat bagi kontraktor pembekal bekalan makanan bermasak serta kontraktor kebersihan bangunan dan kawasan iaitu sehingga bulan Ogos, bagi yang membuat tuntutan dengan dokumentasi yang lengkap.
"Perbincangan lanjut akan diadakan dengan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) mengenai isu pembayaran ini dan juga dari aspek kualiti perkhidmatan syarikat keselamatan, isu ketiadaan Sijil Lulus Tapisan Keselamatan dan keperluan kursus Certified Security Guard (CSG).
"Perbincangan tersebut juga perlu diadakan untuk mengesahkan sejauh mana benarnya syarikat-syarikat yang dikatakan tidak mendapat bayaran sejak enam bulan yang lalu dan sebab-sebabnya," katanya.
Kenyataan itu berkata Kementerian Pendidikan bersama-sama Kementerian Kewangan (MoF) akan memastikan bayaran dibuat ke atas tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh kontraktor yang telah membekalkan perkhidmatan masing-masing.
Pada 14 September, Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) mendakwa kerajaan tidak membayar kos perkhidmatan kontraktor kawalan keselamatan sekolah seluruh negara bagi tempoh enam bulan lalu, yang dianggarkan berjumlah melebihi RM100 juta.
Kementerian Pendidikan berkata pihak kementerian dan MoF telah pun mengadakan perbincangan dengan PPKKM pada 6 September lalu.
"Justeru, tindakan susulan sedang diambil oleh Kerajaan dalam menangani isu-isu berbangkit.
"Di samping itu, isu-isu yang perlu melibatkan perbincangan lanjut dengan agensi-agensi lain yang berkaitan juga dalam tindakan Kementerian Pendidikan. Ini termasuklah mengadakan pertemuan susulan dengan PPKKM," katanya.
Kini terdapat 300 syarikat pembekal kawalan keselamatan bagi sekolah-sekolah di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 17 2018
Kini terdapat 300 syarikat pembekal kawalan keselamatan bagi sekolah-sekolah di seluruh negara. - Gambar hiasan
NVIDIA perkenal kad grafik RTX baharu, beri kuasa AI generatif kepada komputer riba
Kedua-dua kad grafik ini dibina menggunakan cip pemprosesan grafik Ada Lovelace yang diperlihatkan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000.
Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan
Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.
Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Kontraktor jaga sekolah gulung tikar: Berpunca masalah dokumentasi, tidak buat tuntutan
Kementerian Pendidikan menjelaskan bahawa sebahagian syarikat juga telah dibayar tuntutan bulan Ogos lalu berdasarkan kesempurnaan tuntutan yang dibuat.