Korea Utara melancarkan sekurang-kurangnya dua peluru berpandu balistik dari pantai timur Wongsan, Kangwon pada Rabu selepas beberapa jam mengadakan perbincangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung program nuklearnya.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga berkata, salah satu peluru berpandu itu jatuh di kawasan zon ekonomi eksklusif negara (EEZ) di luar wilayah Shimane.

Bagaimanapun, tentera Korea Selatan masih belum mengenal pasti sama ada peluru berpandu berkenaan berasal dari Wonsan, wilayah Kangwon.

Sehingga kini, Jepun masih belum memberikan butiran terperinci mengenai jarak yang dilalui oleh peluru itu atau maklumat mengenai laluan penerbangan.

Menurut Korea Selatan, ia berkemungkinan merupakan ujian peluru berpandu balistik yang dilancarkan kapal selam (SLBM).

Kali terakhir Korea Utara melancarkan peluru berpandu kira-kira sebulan lalu, iaitu beberapa jam selepas membuat kenyataan bahawa pihaknya akan berunding dengan AS mengenai isu nuklear.

Namun, kejadian serangan terbaharu itu berlaku ketika media negara Korea Utara melaporkan pihaknya akan memulakan semula rundingan denuclearization pada Sabtu.