Kos bagi Lynas Corporation Ltd (Lynas) membawa keluar residu (sisa buangan) Water Leached Purification Residue (WLP) dari Malaysia, hanya melibatkan AUS$14 juta (kira-kira RM42 juta), kata Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin.
Beliau berkata berdasarkan laporan Australian Financial Review minggu lepas, sebahagian besar kos mengeksport sisa buangan itu iaitu AUS$46 juta boleh dituntut melalui insurans syarikat pelombong nadir bumi itu.
"Berbanding dengan untung syarikat itu bagi tahun 2017-2018 yang mencecah AUS$129 juta, ini merupakan hanya 10 peratus daripada untung Lynas. Jika kiraan itu tepat, ini bermakna 10 peratus daripada untung Lynas daripada operasi setahun yang lepas sudah mampu untuk menghantar balik sisa yang terkumpul dalam enam tahun operasi.
"Lebih-lebih lagi, selepas pengumuman prasyarat dibuat oleh kementerian ini pada minggu lepas, broker saham seperti UBS dan CLSA masih menegaskan syor "beli" untuk saham Lynas. Broker UBS pula meletakkan sasaran harga saham Lynas setinggi AUS$3.10, iaitu hampir dua kali ganda daripada harga saham mereka sebelum pengumuman dibuat," katanya dalam catatan terbarunya di Facebook.
Catatan itu dikeluarkan sebagai surat terbuka kepada warga kerja Lynas Malaysia, susulan penyerahan memorandum oleh 130 pekerja Lynas, Pahang di hadapan pintu pagar utama Parlimen pada Selasa lepas.
Yeo berkata Lynas sebelum ini menyatakan komitmennya untuk mengeluarkan residu dari Malaysia sebanyak dua kali melalui Surat Aku Janji yang ditulis oleh Lynas Corporation Ltd., Australia (Lynas Australia) dan Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas Malaysia) bertarikh 23 Feb 2012 dan 6 Mac 2012.
Bagaimanapun, pihak pengurusan Lynas Malaysia seolah-olah mementaskan sandiwara dengan pelbagai advertorial atau iklan berbayar di akhbar serta sidang media untuk memberikan gambaran negatif terhadap kementerian.
"Tetapi hakikatnya, pihak pengurusan Lynas Malaysia hanyalah menjaga keuntungan syarikat dengan tidak memenuhi komitmen mereka. Sebaliknya, sebagai seorang Menteri, saya bertanggungjawab menjaga kepentingan awam dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
"Sesungguhnya saya tidak meminta lebih daripada apa yang telah dijanjikan oleh majikan tuan-tuan dan puan-puan pada 2012. Maka menjadi harapan saya, Lynas Malaysia menunaikan janji mereka secara ikhlas dan bersungguh-sungguh dengan memulakan proses penghantaran keluar residu WLP dari Malaysia," katanya.
Dalam surat terbuka itu, Yeo turut memohon maaf kepada 130 pekerja Lynas, Pahang yang hadir ke Parlimen itu kerana beliau tidak dapat menerima sendiri memorandum mereka kerana berada di Katowice, Poland, bagi menghadiri United Nation Climate Change Conference of the Parties mewakili Malaysia dalam gerakan global untuk menangani perubahan iklim dan kesannya.
"Kalaulah saya tahu lebih awal tuan-tuan dan puan-puan ingin datang dari Kuantan untuk menyerahkan memorandum, saya akan meminta pegawai kementerian berada di Parlimen untuk menerimanya. Saya ingin menyatakan di sini, pihak kami telah pun menerima memorandum itu.
"Saya sangat mengerti perasaan susah hati jika hilang pekerjaan. Saya dibesarkan dalam estet dan ibu saya hanyalah seorang kerani, maka saya sangat memahami apa rasanya berpenat lelah mencari rezeki, nasi di pinggan, bumbung untuk berteduh, baju di badan dan anak ke sekolah," katanya.
Minggu lepas, Lynas dilaporkan secara sukarela akan berusaha melaksanakan cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advance Materials Plant (LAMP) mengenai operasi Lynas Malaysia di Gebeng, Kuantan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amanda Lacaze dalam kenyataan berkata ia termasuk saranan untuk mengeksport sisa buangan WLP dari Malaysia, jika lokasi kemudahan pusat pelupusan kekal (PDF) gagal dikenal pasti atau diluluskan
Bernama
Thu Dec 13 2018
Kos bagi Lynas membawa keluar residu Water Leached Purification Residue (WLP) dari Malaysia hanya melibatkan kira-kira RM42 juta. -Gambar fail
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Dasar di peringkat PBT paling berkesan tangani isu pencemaran - Pakar Hospital Pantai
Dasar yang diperkenalkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah paling berkesan untuk menangani isu pencemaran.
Misi global kembara solo Katiravan liputi 40 negara
Katiravan Subarayan, 63, warga Malaysia yang dalam misi kembara global bermotosikal untuk mempromosikan kesedaran alam sekitar, terus mencapai kemajuan yang memberangsangkan.
Guterres gesa tindakan tangani krisis sisa pepejal secara global
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa seluruh dunia pada Sabtu supaya bertindak menangani krisis sisa pepejal, lapor Xinhua.
Jenayah alam sekitar disabit di mahkamah meningkat tahun lepas - Nik Nazmi
Kes melibatkan jenayah alam sekitar yang disabitkan di mahkamah meningkat kepada 409 kes pada tahun lepas berbanding 289 kes pada 2019.
Rakyat didorong bantu menjaga kelestarian hutan Malaysia
Setiap rakyat Malaysia perlu bersama-sama berusaha mengekalkan bumi Malaysia dengan kehijauan kawasan hutan yang kaya dengan kepelbagaian biologi demi kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang
UTP menang Anugerah Tenaga Negara sebagai pengiktirafan usaha kemampanan
Pencapaian ini menyerlahkan komitmen UTP yang tidak berbelah bahagi terhadap penjagaan alam sekitar.
Berhati-hati beli barangan mesra alam, elak muslihat 'greenwashing'
Slogan sedemikian sebenarnya antara strategi 'acah hijau' (greenwashing) yang digunakan bagi mengabui masyarakat hari ini.
PBBPP rayu pendaki jaga kebersihan di Bukit Bendera
PBBPP merayu kepada semua pengguna laluan terutamanya pendaki supaya menjaga kebersihan alam sekitar di pusat peranginan tersebut.
Jason Momoa nak jadi ahli politik untuk selamatkan dunia
Bintang Aquaman, Jason Momoa ternyata punya cita-cita yang lebih berat berbanding menjadi pelakon sewaktu kecil.
Malaysia komited capai matlamat SDG PBB dan Perjanjian Paris 2015
Peralihan dalam dasar Malaysia baru-baru ini untuk membenarkan eksport tenaga boleh diperbaharui komersial bakal menjana manfaat ekonomi.