Baharu pulih daripada banjir pada Jumaat lepas, Kota Belud kini terjejas banjir semula.

Seramai 127 mangsa banjir daripada 67 keluarga di Kota Belud ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masyarakat Tun Said hingga 6.30 pagi tadi.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, PPS Dewan Masyarakat Tun Said mula menerima mangsa kira-kira 10 malam tadi akibat banjir yang melanda 14 kampung di daerah berkenaan.

Di Penampang, setakat 8 pagi ini, lima mangsa banjir daripada sebuah keluarga ditempatkan di PPS Resthouse Kompleks Lembaga Sukan Penampang.

PPS itu dibuka kira-kira 8 malam tadi apabila sembilan kampung di daerah berkenaan terjejas banjir.

-- BERNAMA