Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata Ketua Pengarah Kesihatan yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang diturunkan satu gred susulan kes khalwat bulan lalu dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
Ali berkata prosedur calon pengganti seseorang ketua pengarah yang baru itu dibuat mengikut proses biasa dalam sektor perkhidmatan awam.
"Kita tunggu sahajalah kerana ini adalah proses biasa dalam perkhidmatan awam termasuk pemilihan pengganti (ketua pengarah kesihatan). Kita akan umum apabila tiba masanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program gotong-royong Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK )di Kampung Lindung, Karambunai dekat sini, hari ini.
Ali berkata demikian bagi mengulas kekosongan jawatan itu berikutan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam, Rabu lepas bahawa Dr Hasan yang diturunkan satu gred susulan kes itu kini bukan lagi Ketua Pengarah Kesihatan.
Mahmood berkata mesyuarat SPA memutuskan Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang dan ia dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Pada 14 Nov, Dr Hasan, 56, dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, juga petugas kementerian, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama.
Terdahulu, Ali yang juga Yang Dipertua MAKSAK berkata program yang dimulakan sejak 2003 itu akan diteruskan berikutan sambutan menggalakkan di mana pegawai dan anggota kerajaan dapat mendekatkan diri dengan rakyat selaras dengan konsep "Merakyatkan Perkhidmatan Awam".
Beliau berkata program seumpama itu memberi peluang kepada perkhidmatan awam untuk berkongsi maklumat mengenai usaha-usaha penambahbaikan yang sedang dan bakal dilaksanakan.
"Program kali kelapan dan pertama kali diadakan di Sabah ini memberi peluang penjawat awam berada dekat di hati orang kampung terutama di kawasan luar bandar selain memberi sumbangan kecil kepada masyarakat," katanya.
Pada majlis itu, Ali turut menyampaikan sumbangan ihsan mesin rumput kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Lindung Amin Mendani dan sumbangan hamper kepada penduduk kampung sekitar.
Turut hadir Anggota Parlimen Karambunai yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Tekonologi Maklumat negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid serta Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Yang Dipertua MAKSAK Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman.
Bernama
Sun Dec 09 2012
ALI: Ketua pengarah yang baru akan dibuat mengikut proses biasa dalam sektor awam
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
KP kesihatan baru akan diumum tidak lama lagi
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata calon pengganti Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman akan dibuat mengikut proses.