Tutup

KPDNHEP giat promosi produk buatan Malaysia menerusi Kempen Beli Barangan Malaysia

KPDNHEP giat promosi produk buatan Malaysia menerusi Kempen Beli Barangan Malaysia
Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2019 terbukti merupakan usaha yang sangat berkesan dan signifikan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi apabila ia menyumbang kepada perkembangan import kasar negara pada tahun 2017. -Foto KPDNHEP
KUALA LUMPUR: Sejak 35 tahun lalu, Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia telah mula dilaksanakan bagi memupuk semangat cintakan barangan Malaysia, serta menggalakkan rakyat di negara ini membeli barangan tempatan.

Kini, selaras dengan persaingan ekonomi di peringkat global, Kerajaan memutuskan untuk melancarkan semula kempen berkenaan dengan nama Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2019.
Kempen ini perlu dilaksanakan dan dipergiat secara komprehensif dan inklusif kerana cabaran globalisasi perniagaan yang kompetitif kini banyak menyumbang kepada pembelian barangan daripada luar negara.

Pada tahun 2017, Statistik Ekonomi dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2017 merekodkan perkembangan 15.3% import kasar negara kepada RM838 billion berbanding 2016 dan daripada jumlah ini, import barangan penggunaan melonjak kepada 6.1% kepada RM71 billion akibat daripada peningkatan keyakinan pengguna.
Peningkatan import barangan pengguna ini menyumbang kepada salah satu faktor yang menjadikan produk buatan tempatan tersepit di antara kuasa-kuasa besar ekonomi dunia dengan negara China sebagai rakan dagangan utama, dapatlah diandaikan bahawa teras utama tawaran barangan adalah berpaksikan harga manakala barangan dari negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Eropah adalah berteraskan kepada kualiti dan prestij.

Sehubungan itu, dalam memperkasa dan memastikan Kempen Beli Barangan Malaysia ini mencapai objektif dan tujuannya di samping mengetengahkan lebih banyak produk-produk buatan tempatan yang berkualiti serta berpatutan kepada seluruh rakyat Malaysia, Kerajaan telah menggariskan beberapa inisiatif strategik serta cadangan pelaksanaan Program KBBM 2019.

Antaranya, penembusan produk-produk PKS ke dalam sektor peruncitan; Jualan dan pemasaran digital (New Media Marketing); Melaksanakan ekspo jualan sempena KBBM dan misi perdagangan luar negara; dan melaksanakan program kempen serta promosi KKBBM yang lebih agresif dan komprehensif.



Tag: Kempen Beli Barangan Malaysia, KBBM 2019, rakyat Malaysia, Malaysia, ekonomi, Astro Awani, Twitter, Facebook, Astro, KPDNHEP



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.