Sebanyak 635 notis tunjuk sebab dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kepada penyedia perkhidmatan kedai gunting rambut, pendandan rambut dan salun kecantikan seluruh negara kerana didapati menaikkan kadar caj perkhidmatan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi berkata mereka yang gagal mengemukakan maklumat notis mengikut tempoh yang ditetapkan atau didapati mencatut, akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011).
Dalam satu temu bual khas dengan Bernama di sini semalam, beliau berkata sejak PKPP dilaksanakan 10 Jun lepas, pihaknya melaksanakan penguatkuasaan di bawah Ops Catut 7.0 dengan menyasarkan penyedia perkhidmatan berkenaan dan pemeriksaan dilakukan bagi memantau kenaikan kadar caj yang dikenakan melalui pengeluaran notis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011.
Sementara itu, mengulas berhubung trend harga minyak terkini, Nanta berkata pihak kementerian akan memastikan pengusaha stesen minyak mematuhi harga ditetapkan Kementerian Kewangan.
"Saya faham keluhan yang diutarakan pengguna sejak akhir-akhir ini seperti yang sering dikongsikan di media sosial berkaitan kenaikan harga minyak, namun ingin saya tekankan bahawa penentuan harga siling minyak ditentukan oleh Kementerian Kewangan dengan penetapannya masih menggunakan Mekanisma Harga Automatik (APM) yang dipengaruhi harga minyak yang selari dengan harga minyak mentah dunia," katanya.
Jelasnya, kerajaan tidak akan berdiam diri dan akan memikirkan tindakan atau mekanisma yang sewajarnya sekiranya harga minyak naik pada paras yang tidak berpatutan.
Dalam pada itu, Nanta menegaskan sumbangan pegawai dan anggota KPDNHEP juga amat penting lebih-lebih lagi semasa negara sedang berjuang untuk membendung penularan pandemik COVID-19.
"Semasa memerangi COVID-19, kita berganding bahu melaksanakan pasukan petugas bersama agensi penguat kuasa yang lain seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan," katanya.
Sementara itu di BUKIT MERTAJAM, seorang peniaga durian dikompaun RM1,000 oleh KPDNHEP Pulau Pinang kerana menggunakan alat timbang dan sukat yang telah tamat tempoh dalam satu pemeriksaan, Isnin lepas.
Pengarah pejabat KPDNHEP negeri, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata dalam pemeriksaan itu yang dijalankan penguat kuasanya di gerai sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) mendapati kebanyakan peniaga mempamerkan tanda harga pada buah-buahan yang dijual mereka, namun sebuah gerai di Bukit Mertajam telah menggunakan alat penimbang yang telah tamat tempoh penentusahan untuk tujuan perdagangan.
Beliau berkata operasi yang dijalankan memfokuskan kepada pemeriksaan terhadap peniaga buah, terutama durian yang bersifat sementara serta bermusim dan ia akan berterusan terutama di lokasi tumpuan pembeli hingga tamat musim durian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 17 2020
Sebanyak 635 notis tunjuk sebab dikeluarkan KPDNHEP kepada penyedia perkhidmatan kedai gunting rambut, pendandan rambut dan salun kecantikan. - Gambar https://www.pexels.com
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
Program perintis AI Sandbox sasar 900 pemula niaga,13,000 bakat baharu AI menjelang 2026
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Pasaran getah ditutup rendah, ambil petunjuk prestasi lemah pasaran serantau
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk getah fizikal GMM 20 berada pada 766.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 735 sen sekilogram.
Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.
Ringgit tidak berubah dalam dagangan awal
Pada 9 pagi, mata wang tempatan kekal tidak berubah pada 4.7380/7420 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7425 semalam.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 4 hingga 10 April
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 4 hingga 10 April ini.
PM Anwar bidas dakwaan kerajaan tidak prihatin masalah rakyat
Harga barangan keperluan hari ini masih rendah serta stabil jika dibandingkan di zaman pentadbiran kerajaan terdahulu, tegas Perdana Menteri.
Pastikan persaingan saksama sebelum apung harga petrol - Pengarah MINDA-UKM
Kerajaan perlu memastikan persekitaran persaingan adalah saksama terlebih dahulu sebelum mengapungkan harga petrol.
Pasaran getah ditutup rendah
Pasaran getah Malaysia mengakhiri minggu dagangan dengan ditutup rendah hari ini, menjejaki aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah.
Harga runcit petrol, diesel kekal bagi tempoh 21-27 Mac
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 Mac 2024.