Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah merampas dakwat tiruan bernilai RM800,000 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Bundusan Penampang, pada Rabu.
Timbalan Pengarah KPDNHEP Sabah Ravichandran Vadivellu berkata tiga wanita dan dua lelaki berusia antara 20 hingga 50 tahun turut ditahan dalam serbuan di premis yang dijadikan tempat penyimpanan barang tiruan tersebut.
Katanya serbuan dilakukan pada jam 4 petang berdasarkan aduan diterima daripada pihak yang menjadi wakil sah Samsung, HP dan Canon.
Rampasan dilakukan di bawah Akta Perihal Dagangan 2013, katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Ravichandran berkata kementeriannya telah membuat 40,800 pemeriksaan di seluruh negeri ini dan mengesan 974 kes pelbagai akta sejak Januari lepas.
Katanya ia membabitkan nilai rampasan sebanyak RM2.4 juta dan nilai kompaun sebanyak RM235, 530.
Bernama
Wed Jun 26 2019
KPDNHEP Sabah merampas dakwat tiruan bernilai RM800,000 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Bundusan Penampang pada Rabu. - Foto BERNAMA
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
KPDNHEP Sabah rampas dakwat tiruan bernilai RM800,000
KPDNHEP Sabah merampas dakwat tiruan bernilai RM800,000 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Bundusan Penampang pada Rabu.