Kementerian Pendidikan akan menyalurkan bantuan segera kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 11 (1), di Putrajaya yang mengalami kerosakan selepas dilanda ribut pada Sabtu.

Menterinya, Maszlee Malik berkata, beliau telah meminta pasukannya menilai kerosakan pada sekolah berkenaan.

"Saya turut berdukacita apabila mengetahui SMK Presint 11 (1) mengalami kerosakan disebabkan kejadian ini. Saya telah meminta pasukan saya dan KPM untuk menyiasat kerosakan yang berlaku di sekolah berkenaan dan meneliti bantuan segera yang boleh dihulurkan.

"Saya juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru di sekolah berkenaan yang mengorbankan cuti hujung minggu untuk bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah berkenaan," katanya dalam statusnya di laman sosial Facebook pada Ahad.



BACA: Netizen kongsi detik cemas Putrajaya dilanda ribut