Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berikrar untuk mengamalkan pendekatan pro aktif dalam menangani isu-isu penting di negara ini termasuk kematian semasa dalam tahanan.
Mohamad Fuzi, yang menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib pada Isnin, memberi komitmen itu selepas mengkaji secara serius perkara-perkara yang sering dikemukakan oleh Amnesty International Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang lain.
"Sebagai permulaan, kita telah meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) membuat pengesahsahihan dan bekerjasama dengan kita untuk mengemukakan cadangan-cadangan tertentu mengenai isu ini (kematian semasa dalam tahanan). Kita akan mengkaji cadangan ini.
"Bagaimanapun, kita menghadapi kekangan seperti keperluan memasang kamera litar tertutup (CCTV) dalam lokap dan bajet, yang perlu direktifikasi," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran "Impact Driven Enterprises Accreditation (IDEA) di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di sini, pada Selasa.
IDEA dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Turut hadir Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Ashran Ghazi.
Ketika ditanya mengenai harapan tinggi oleh NGO dan pihak pembangkang untuk "membersihkan" pasukan polis, Mohamad Fuzi beliau sedar sepenuhnya perkara itu dan sudah pasti akan mengkaji apa yang perlu dilakukan untuk menangani apa-apa isu yang dibangkitkan oleh rakyat di jalanan.
"Sebenarnya, anda perlu berlaku adil dengan saya. Ini baru hari kedua saya mengambil alih tugas. Saya akan menangani isu-isu secara adil dan serius. Saya tidak akan mengambil masa yang lama tetapi berikan saya sedikit masa. Saya akan memberitahu tidak lama lagi mengenai keutamaan saya," kata beliau.
Ditanya mengenai kes penculikan pastor Raymond Koh pada Februari, beliau berkata siasatan masih berjalan dan akan disiasat hingga ke akar umbi.
Kepada soalan sama ada beliau akan bersikap telus dalam perkongsian maklumat terkini mengenai kejadian jenayah di negara ini melalui media sosial seperti Twitter, Mohamad Fuzi berkata : "Saya mula fikir untuk mempunyai laman sosial tetapi tidak buat masa ini,. Anda tidak perlu bimbang mengenainya."
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2017
Sebagai permulaan, PDRM telah meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) membuat pengesahsahihan berkaitan isu kematian semasa dalam tahanan.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumi
Jenazah disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan diimamkan Imam Besar Nor Azamir Alias yang disertai lebih 500 jemaah.
PM Ismail Sabri beri penghormatan terakhir kepada Ali Hamsa
Ahli Parlimen Bera itu turut meluangkan masa kira-kira 20 minit menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Jenazah Ali Hamsa dijangka tiba 6.30 pagi Isnin
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, Putrajaya.
Penghormatan terakhir bagi Ali Hamsa pada Isnin
Penghormatan terakhir diadakan di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dari 8 hingga 9.45 pagi.
Ali seorang mentor, pendengar yang baik - Mohammad
KSU K-KOMM, Mohammad Mentek rakam penghargaan di atas budi dan jasa Allahyarham Ali Hamsa kepada penjawat awam.
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Ali Hamsa
Seri Paduka Baginda berdua mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
Bekas KSN Ali Hamsa meninggal dunia
Allahyarham yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1958 memegang jawatan tersebut dari tahun 2012 hingga 2018.
Mesyuarat tidak akan berlaku jika tiada mesyuarat awal dengan Najib - Ali Hamsa
Sebelum ini, Ali memberi keterangan bahawa semasa mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan beliau, terdapat empat isu dipersetujui untuk dipadamkan daripada laporan.
Kes Laporan Audit 1MDB: Rakaman audio 2 jam 40 minit mesyuarat di Putrajaya didedah
Rakaman berkenaan antara lain dikaitkan dengan keputusan yang dibuat untuk menghapuskan empat isu daripada laporan audit 1MDB.
Ali Hamsa dakwa Najib tidak puas hati laporan audit 1MDB
Bekas Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa berkata perkara itu dimaklumkan oleh Najib ketika beliau (Ali) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri pada 22 Feb 2016.