Demi menyemai semangat patriotik, seorang ayah sanggup meluangkan masa dan tenaga menghias basikal anaknya bagi menyambut Hari Kebangsaan tahun ini.
Sapian Daud, 32, berkata beliau mengambil cuti sejak beberapa hari lalu bagi memastikan basikal anaknya, Mohd Darwish Adrian, 8, siap dihias sebelum menyertai pertandingan basikal merdeka di sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Redang di sini, semalam.
"Mohd Darwish Adrian mahu sertai pertandingan basikal merdeka di sekolahnya sejak tahun lepas lagi tetapi saya tidak izinkan kerana dia belum betul-betul pandai kayuh basikal. Tahun ini saya tunaikan hasratnya. Tidak sangka dia menjadi juara tahun ini," katanya kepada Bernama di sini.
Katanya beliau membelanjakan kira-kira RM300 untuk membeli 61 bendera pelbagai saiz bersempena 61 tahun negara mencapai kemerdekaan bagi menghias basikal anak bongsunya itu.
Safian dan anaknya masing-masing berkongsi idea bagi menampilkan kreativiti menarik serta kelainan bagi menyaingi 40 peserta lain, termasuk membalut rim basikal dengan bendera.
"Kami berdua tidur agak lewat bagi membuat persiapan akhir. Saya dapat lihat Mohd Darwish Adrian begitu bersemangat seperti tidak sabar untuk membawa basikalnya ke sekolah pagi tadi," katanya.
Sebagai bapa Safian berkata beliau bangga melihat kesungguhan yang ditunjukkan anaknya, apatah lagi hasil kreativiti mereka membuahkan hasil.
Katanya, bagaimanapun menang atau kalah bukan tujuan utama penyertaan mereka tetapi apa yang lebih penting beliau mahu menyemai rasa cintakan negara kepada anaknya sejak kecil.
Selain menghias basikal beliau turut menjahit sepasang baju dan songkok menggunakan bendera untuk anaknya.
"Sebagai bapa saya mahu anak saya memahami dan menghayati erti kemerdekaan. Saya mahu dia belajar menghargai keamanan yang dikecapi selama ini," katanya.
Katanya basikal yang dihias bendera itu akan dikayuh anaknya mengelilingi kampung mereka di Kampung Banggol di sini, pada 31 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 30 2018
Muhd Darwiss bangga menaiki basikalnya yang kreatif dihiasi Jalur Gemilang di Kampung Banggol, Kota Bharu, 29 Ogos, 2018. --fotoBERNAMA
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Pemilihan MIC bermula 27 April ini
MIC akan mengadakan pemilihan parti bagi penggal 2024-2027 dari 4 Mei hingga 6 Julai dengan hari pencalonan ditetapkan mulai 27 April ini.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
Tumpuan Khamis - 18 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MCMC rakam percakapan Che'gubard, Salim lebih tiga jam
Salim dan Che’gubard yang ditemui di bangunan tersebut memberitahu mereka disiasat atas pertanyaan berkaitan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media sosial baru-baru ini.
Sabah kehilangan pemimpin berpengalaman, luar biasa - Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan pemergian Tan Sri Joseph Kurup adalah satu kehilangan pemimpin berpengalaman dan luar biasa bagi negeri Sabah.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Techno Mechanicus nama anak ketiga Elon Musk bersama Grimes
Kanak-kanak itu, yang umurnya tidak didedahkan kepada umum, dinamakan Techno Mechanicus dan dipanggil "Tau".
'Impian ayah meninggal dunia ketika bekerja untuk rakyat' - Anak Salahuddin
'Impian ayah meninggal dunia ketika bekerja untuk rakyat' - Anak sulung