HUBUNGAN diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara yang selama ini tidak bermasalah, kini tegang apabila seorang lelaki yang dipercayai abang tiri kepada pemimpin tertinggi negara itu, dibunuh di Malaysia.

Kim Jong Nam, abang tiri kepada Kim Jong Un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2
(KLIA2), kira-kira sebulan yang lalu.

Dan ketika hubungan kedua-dua negara tidak stabil, tindakan sesetengah warga negara ini, khususnya netizen, yang mempersendakan situasi semasa, dilihat sangat tidak bijak.

Di laman sosial, netizen secara umumnya terbahagi kepada dua kelompok. Satu kelompok adalah golongan berpendidikan dan melihat isu hubungan Malaysia-Korea Utara sebagai isu keselamatan dan mempertahankan kedaulatan negara.

Kelompok kedua adalah golongan mereka yang 'berjaya' find the humour dalam situasi ini.

Tindakan golongan ini yang berjenaka tentang situasi semasa dianggap tidak kena tempat.

Kewujudan kelompok kedua ini menimbulkan rasa tidak senang kerana dianggap ramai seolah-olah terlalu memandang ringan implikasi yang boleh terjadi jika situasi tegang ini berterusan.








Malah, jenaka 'perang' yang dibuat golongan ini juga dikecam dan disifatkan keterlaluan.

Netizen berpendapat, apa yang perlu dilakukan rakyat Malaysia ketika ini adalah bersatu hati dan menyokong tindakan kerajaan dan pihak berkuasa, yang setakat ini dilihat menangani isu ini dengan adil dan berdiplomasi.