Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, telah secara tidak langsung mempengaruhi pemaju Aset Kayamas Sdn Bhd (Aset Kayamas) untuk membina tambahan 120 unit pangsapuri bagi dijual kepada kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Saksi kesembilan pendakwaraya, Ab Salim Mansor, 61, yang juga bekas Pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Penyelarasan Pembangunan (JPEPP) DBKL, mengakui perkara demikian ketika disoal balas ketua peguam bela Datuk Tan Hock Chuan di Mahkamah Jenayah Tinggi 2 hari ini.
Peguam bela: Setujukah jika saya cadangkan Menteri (Tengku Adnan) telah ‘persuade’ (mempengaruhi) ... atau menekan pemaju (Aset Kayamas) untuk membina 120 unit untuk dijual kepada staf DBKL, dan demi kebaikan staf DBKL?
Ab Salim: Setuju.
Peguam bela: Kita tahu bahawa baki 307 unit dijual pada harga RM198,000 dan tiap-tiap rumah yang dibina (khas) untuk staf, pemaju akan rugi RM48,000. Jadi setuju tak tiap-tiap unit pada staf DBKL, pemaju rugi RM48,000?
Ab Salim: Setuju.
Peguam bela: Semalam Tan Sri Amin Nordin Abd Aziz (bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur) memberi tahu nilai pasaran rumah itu adalah sekitar RM250,000 atau di bawah RM300,000. Kalau ambil angka itu, tiap-tiap unit untuk staf DBKL pemaju rugi RM100,000...120 unit, maknanya kerugian RM12 juta.
Ab Salim: Ya setuju.
Perbicaraan memasuki hari ketiga di mana, Tengku Adnan, yang juga Ahli Parlimen Putrajaya telah didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat Aset Kayamas.
Wang itu didakwa didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Pada sebelah paginya, Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Tengku Adnan telah meluluskan penjualan dua lot tanah seluas 4.048 ekar di Bandar Tun Razak kepada Aset Kayamas.
Ab Salim mengesahkan bahawa DBKL dengan kelulusan Tengku Adnan telah bersetuju untuk menawarkan penjualan tanah milik Datuk Bandar Kuala Lumpur itu kepada syarikat itu.
"Saya merujuk surat JPEPP DBKL kepada Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan bertajuk "Permohonan Nilaian Tanah Milik Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi Lot 53427 dan Lot 53653 di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur bertarikh 3 Jun 2015.
"Merujuk kepada surat ini saya sahkan pihak DBKL dengan kelulusan YB Menteri Wilayah Persekutuan pada 27 Mei 2015 bersetuju menawarkan kedua-dua lot berkenaan berkeluasan 16,386 meter persegi (4.048 ekar) kepada syarikat berkenaan," katanya ketika membacakan penyataan saksinya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.
Firdaus Azil
Thu Jul 04 2019
Tengku Adnan Tengku Mansor telah secara tidak langsung mempengaruhi pemaju Aset Kayamas Sdn Bhd (Aset Kayamas) untuk membina tambahan 120 unit pangsapuri bagi dijual kepada kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). - Gambar fail
6 kereta, tiga rumah terjejas dalam kejadian pokok tumbang di KL
Hujan lebat di sekitar kawasan Kuala Lumpur pada petang Khamis menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghempap kenderaan orang awam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza dilancar
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, iaitu antara inisiatif kerajaan Selangor bagi membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Tol percuma pada 8 dan 9 April sempena Aidilfitri - Nanta
Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari pada 8 dan 9 April kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan kelas 1 (persendirian) yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri tahun ini.
PM Anwar beri bayangan tiada cuti tambahan sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri memberi bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan. Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, semua rakyat perlu mempunyai semangat untuk bekerja.
Jalan TAR meriah namun ramai jalan berlenggang, tangan kosong
Majoriti daripada pelanggan jalan berlenggang, tangan tidak langsung membawa beg plastik, kebanyakannya hanya cuci-cuci mata, atau bahasa lainnya ‘window shopping’.
Tumpuan Jumaat - 29 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (28 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hampir 10,000 sertai Majlis Iftar MADANI bersama PM sempena Nuzul al-Quran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang bersempena cuti Nuzul al-Quran di Dataran Putra di sini.
Kempen #savethehawker bantu penjaja terjejas COVID-19
Ia membantu 40 penjaja yang memerlukan dengan memberi wang tunai sebanyak RM3,000 bagi setiap mereka.
Ku Nan "persuade" Aset Kayamas bina rumah untuk kebaikan staf DBKL
120 unit itu akan dibina dan dijual di bawah nilai pasaran semasa untuk staf DBKL yang berkelayakan, Mahkamah Tinggi diberitahu.