Seiring dengan kepesatan pembangunan teknologi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri tidak ketinggalan memanfaatkan perkara itu.

Dalam usaha meneruskan dakwahnya, bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu menjadikan aplikasi Spotify sebagai platform terbaharu beliau berkongsi ilmu.

Rakaman audio kuliah rasmi itu boleh diikuti oleh semua pengikut Dr Zulkifli di aplikasi berkenaan.

Terdapat 10 rakaman audio kuliah beliau yang sudah dimuat naik di Spotify.

Antara tajuk kuliah yang boleh didengar pada bila-bila masa itu ialah Dunia Di Tangan Bukan Di Hati, Baikilah Solatmu, Bagaimana Mengurus Masa, Amanah Dalam Bekerja dan lain-lain.

Durasi audio rakaman kuliah Dr Zulkifli yang boleh didengar di Spotify itu antara 16 hingga 18 minit.

Pada 9 Mac lalu, Dr Zulkifli dilantik oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai Kabinet Malaysia 2020.

Beliau mencatat sejarah sebagai Mufti pertama dilantik sebagai menteri.

Portfolio Dr Zulkifli dalam Kabinet adalah menjaga hal ehwal agama Islam.

Dr Zilkifli merupakan peegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria.

Beliau juga memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa itu begitu disegani dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai isu agama sebelum ini.

Dr Zulkifli sangat terkenal dengan keperibadian yang menawan dan disenangi oleh segenap lapisan masyarakat.


BACA: Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong