Seramai kira-kira 200 penunjuk perasaan hari ini berkumpul di sekitar pusat membeli belah Sogo di ibu negara bagi menyatakan solidariti terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka mula berkumpul pada jam 4.00 petang Sabtu, sebelum bergerak ke bangunan bersebelahan 15 minit kemudian.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut berada di situ berkata, perhimpunan tersebut rata-ratanya terdiri dari golongan anak muda dan mahasiswa yang mahu Anwar dibebaskan dari penjara.
"Tiap-tiap malam kita telah saksikan orang ramai berkumpul di hadapan penjara Sg Buloh dan menyertai program Cabang-cabang PKR seluruh negara yang mengadakan solat hajat.
"Ini membuktikan rakyat masih mahukan Anwar bebas, dan menolak keputusan hakim Mahkamah Persekutuan," kata beliau pada perhimpunan tersebut.
Katanya minggu ini merupakan yang cukup mencabar kerana selepas Anwar dipenjarakan, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula meninggal dunia.
Menurutnya, kini giliran anak-anak muda pula membawa 'obor' bagi meneruskan perjuangan Anwar, Nik Aziz dan juga mendiang Karpal Singh.
Selain itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang turut berucap pada perhimpunan tersebut berkata pihaknya tidak akan mengaku kalah dalam menuntut keadilan terhadap ayahnya itu.
Beliau juga meluahkan rasa sedih atas pemergian Nik Aziz pada Khamis lalu.
"Pada hari ini kami memang sedih, tetapi kesedihan itu bukan sahaja meratapi pemenjaraan ayah tetapi juga kehilangan mutiara yang disebut oleh Datuk Seri Anwar iaitu Allahyarham Tok Guru Nik Aziz yang kita semua kasihi," katanya.
Sementara itu, Nurul Izzah juga berkata akan meneruskan tuntutan pembebasan Anwar menerusi ‘March 2 Freedom’.
Beliau juga mengutarakan kemungkinan untuk menyerahkan petisyen pembebasan Anwar kepada Yang Di-Pertuan Agong, selain mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwanya 'mencetuskan konspirasi' terhadap kes Anwar.
Kesemua mereka melaungkan slogan 'reformasi', 'bebas Anwar' dan 'hidup rakyat', sambil mendendangkan lagu serta bermain gendang dan mengenakan pakaian hitam.
Selain Nik Nazmi dan Nurul Izzah, antara yang turut hadir pada perhimpunan yang dipanggil #KitaLawan tersebut ialah aktivis-aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim, Fahmi Zainol, K.S Bawani, serta beberapa pemimpin dari Gamis dan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM).
Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari, menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berumur 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas membacakan keputusan selama hampir 2 jam.
Astro Awani
Sat Feb 14 2015
Nurul Izzah yang berucap pada perhimpunan itu, turut meluahkan rasa sedih atas pemergian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Khamis lalu. - Foto Astro AWANI/HAIDER YUTIM
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Khamis
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Anak muda kongsi rezeki masak bubur lambuk guna kayu api
Sekumpulan anak muda dari Pertubuhan Warga Cakna membanting tenaga dengan bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan sebagai juadah berbuka di sekitar Jitra.
Pemilu 2024: Visi calon presiden untuk anak muda masih kabur - Wakil Pelajar Indonesia
Visi calon-calon presiden dalam Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 untuk anak muda ketika ini masih belum jelas.
Usaha kekalkan semangat muafakat perlu bermula dari rumah - Bryan Ng
Ibu bapa memainkan peranan penting kerana anak-anak mencontohi dan mempelajari setiap amalan dan percakapan yang ditunjukkan oleh orang tua mereka.
Penurunan had umur belia, pecah sentimen anak muda tidak boleh memimpin - Malaysia Berdaya
Penguatkuasaan penurunan had umur belia kepada 30 tahun bermula Januari 2026 bantu memecahkan sentimen yang menganggap anak muda tidak boleh memimpin.
Kerajaan digesa tingkat aktiviti pemantauan acara hiburan
Kerajaan Terengganu digesa untuk memperketat pemantauan terhadap penganjuran acara hiburan yang melalaikan bagi mengekang penularan budaya hedonisme yang dilihat semakin memburuk di negeri itu.
Idealisme perjuangan AMK tidak boleh lagi sekadar lontaran suara dan desakan - Adam Adli
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata semua anggota AMK perlu sedar bahawa keadaan sudah berubah dan terdapat realiti baharu yang harus dihadam bersama.
Anwar umum dana awal RM1 juta untuk Yayasan Alumni Majlis Belia Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan dana awal sebanyak RM1 juta kepada Yayasan Alumni Majlis Belia Malaysia.
Budaya debat secara beradab kini satu keperluan untuk anak muda - Fahmi
Perdebatan secara beradab akan membantu anak muda melontarkan idea bernas dan jelas yang amat bermanfaat untuk pembangunan negara.
Semoga episod ngeri bersama MUDA jadi pengajaran - Fadhli Umar
Katanya, keputusan MUDA adalah wajar memandangkan parti itu sering mengecam kerajaan sehingga menjadi punca kerajaan diserang teruk.
Temu Anwar di Jakarta, Indonesia pada 5 Sept
Temu Anwar buat julung kali akan diadakan di luar negara pada Selasa (5 Sept) di Jakarta, Indonesia.