Rayuan agar kerajaan meningkatkan kebebasan rakyat diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri di sini semalam.

Wakil dua kumpulan iaitu Institute of Journalists Malaysia dan Gerakan Media Marah (Geramm) menyerahkan petisyen agar kerajaan memansuhkan Akta Hasutan dan memprotes penahanan seorang wartawan bulan lalu di bawah undang-undang tersebut.

Menurut satu kenyataan mereka hari ini, rayuan itu diterima Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang berjanji akan menyerahkan dokumen itu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kumpulan itu turut meminta tuduhan terhadap wartawan Susan Loone digugurkan.

Loone ditahan di Pulau Pinang pada 4 Sept lalu berhubung laporannya mengenai tindakan polis terhadap seorang anggota exco.