Orang kelainan upaya (OKU) penglihatan di negara ini berhadapan masalah mendapatkan ilmu dan maklumat penting berikutan kurangnya kemudahan braille untuk mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM), Dr Ahmad Shamsuri Muhamad berkata keadaan tersebut merupakan antara cabaran terbesar kepada golongan itu.
Bahan bacaan dalam tulisan braille begitu kurang di pasaran pada masa ini, katanya.
"(Begitu juga) mahu ke mana-mana, nak guna lif tak tahu nak tekan apa sebab tiada tulisan braille, dan di restoran kebanyakan menu tidak disediakan tulisan braille.
"Mesin braille untuk sekolah pendidikan khas juga masih tidak mencukupi. Dulu pelajar cacat penglihatan disediakan mesin braille setiap seorang, tetapi sekarang perlu dikongsi dua orang menyebabkan wujudnya kekangan kepada mereka bagi mendapatkan akses untuk belajar dengan baik," katanya ketika ditemui Bernama pada Pameran Pendidikan Khas Antarabangsa (ISEE) 2019 di sini, hari ini.
Pameran empat hari itu berakhir pada Isnin (1 Sept).
Ahmad Shamsuri yang juga pensyarah di Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling, Universiti Malaya, berkata kekurangan kemudahan tulisan braille juga menyukarkan golongan berkenaan mengetahui maklumat dan berita dalam dan luar negara.
Justeru, beliau menyarankan agar diperbanyakkan maklumat dalam tulisan braille supaya OKU cacat penglihatan mempunyai peluang mendapatkan ilmu sama seperti orang normal, selain mempertingkatkan kemudahan awam kepada golongan berkenaan.
"Banyak kemudahan untuk orang kelainan upaya ini disalahgunakan, tempat pejalan kaki yang dikhaskan untuk orang buta dijadikan parkir motor, diletakkan meja makan dan sebagainya yang saya rasa tidak patut dilakukan," tegasnya.
Selain itu, beliau berkata orang ramai perlu mengelak rasa prejudis terhadap golongan berkenaan terutama dalam sektor pekerjaan kerana mereka juga mampu bekerja dengan baik seperti orang normal.
Terdahulu, kira-kira 30 OKU penglihatan menyertai pertandingan membaca braille yang dianjurkan SBM.
Ahmad Shamsuri berkata tujuan pertandingan itu diadakan bagi mencungkil bakat golongan tersebut di samping memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kepentingan tulisan braille terhadap orang cacat penglihatan.
ISEE 2019 yang memasuki hari ketiga ini merupakan pameran anjuran bersama Persatuan Pendidikan Khas Kebangsaan (PPKK) dan PPKK Kuala Lumpur dengan Universiti Malaya dan Jobs Malaysia, dengan sokongan Kementerian Pendidikan, yang turut menampilkan pembentang antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 31 2019
Dulu pelajar OKU penglihatan disediakan mesin braille setiap seorang, tetapi sekarang perlu dikongsi dua orang. - Gambar fail
13 maut lori tangki minyak bertembung bas mini
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam yang lain cedera pada Isnin selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Tanzania.
Nahas helikopter Lumut: 'Tiga kali raptai sebelum terhempas' - Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.
Apple dilapor hentikan pengeluaran aksesori FineWoven kerana isu kualiti
FineWoven menggantikan aksesori kulit yang dilihat sebagai tidak lestari dan oleh itu tidak selari dengan sasaran syarikat yang ingin mengurangkan impak ke atas alam sekitar.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Nahas helikopter Lumut: Agong zahir ucapan takziah, titah ATM jalankan siasatan terperinci
Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: 10 korban, dua helikopter bertembung
Seramai 10 orang maut dalam nahas dua buah helikopter milikTLDM terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi ini.
Institusi pendidikan pondok perlu tambah nilai kemahiran vokasional, teknikal - Mohd Na'im
Institusi Pendidikan Pondok harus ditambah nilai melalui aspek kemahiran kendiri dalam bidang vokasional dan teknikal kepada para pelajar.
[TERKINI] Perkembangan helikopter terhempas di Lumut
Untuk memahami dari segi teknikal kita bersama;
Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian, Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL
Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian, Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL
Nahas helikopter Lumut: Sultan Selangor zahir dukacita, sifatkan insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular
Selain ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, turut dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.
KKM perkenal Label Ubat Mesra OKU Penglihatan, dicetak dalam Braille
Kementerian Kesihatan (KKM) telah memulakan inisiatif Label Ubat Mesra Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bagi membantu golongan itu dalam urusan pengambilan ubat di fasiliti kesihatan.
Braille: Titik-titik yang menyinari kehidupan OKU penglihatan
Braille terbukti membantu kejayaan baik dari aspek sosio-ekonomi, pekerjaan, pendidikan dan juga politik.
Tilawah Al-Quran: OKU penglihatan mahu bersaing peringkat lebih tinggi
Sebelum ini, katanya, pertandingan tilawah Al-Quran Braille hanya diadakan di pusat pengajian Pertis di Seberang Takir, Kuala Nerus dalam skala kecil.