KUALA LUMPUR:Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan berdepan kekurangan dana yang sangat besar sekiranya cadangan pengeluaran wang daripada Akaun 1 dilaksanakan.
Menurut Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan, Perkeso, Prof Madya Dr Yusof Saari, ia sekali gus boleh menjejaskan ekonomi negara pada masa depan.
"Kalau kita benarkan dikeluarkan dalam RM10,000 kepada setiap pencarum, kita akan dapati kekurangan dana yang sangat besar di KWSP.
"Ini akan memberi kesan kepada ekonomi itu sendiri, pelaburan dan ekonomi mikro secara keseluruhan.
"Jadi kita perlu berhati-hati dalam melaksanakan pakej atau cadangan ini, kerana ia boleh merisiko keadaan ekonomi pada masa depan," katanya kepada Astro AWANI dalam temu bual menerusi Skype, pada Sabtu.
Bagaimanapun, beliau berkata perkara tersebut dipertimbangkan sekiranya ia dilakukan secara bersasar dan pengeluaran dilakukan secara bulanan.
Pada Jumaat, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang Akaun 1 KWSP untuk digunakan rakyat yang berdepan pandemik COVID-19.
Perdana Menteri berkata beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang Akaun 1 KWSP.
BACA: Pengeluaran KWSP perlu bersasar, diberi secara bulanan dan bukan 'one off' - Pakar ekonomi
Mengulas lanjut, Yusof berkata satu penyelesaian holistik perlu dilakukan segera dalam mengurangkan beban mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.
Tambahnya, kerajaan, majikan dan agensi berkaitan perlu mempergiatkan usaha membantu mereka yang kehilangan sumber pendapatan untuk kembali mendapatkan pekerjaan.
Ini penting untuk mendidik masyarakat agar tidak berharap kepada pengeluaran KWSP semata-mata setiap kali berdepan krisis, katanya lagi.
"Sangat penting untuk agensi kerajaan bekerja keras sedikit untuk turun ke bawah bagi membantu pekerja-pekerja.
"Sebab begini, dalam data PERKESO, sebagai contoh kita dapati ramai bilangan pencari pekerja dan dalam masa yang sama banyak juga pekerjaan diminta ataupun pekerjaan yang kosong yang diiklankan di portal MyFutureJobs atau portal pekerjaan di Malaysia.
"Kita lihat banyak lagi kekosongan yang tidak dipilih atau diambil mereka di luar sana," katanya.
Pada Isnin lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kerajaan mempertimbangkan lagi cadangan pengeluaran wang daripada Akaun 1 KWSP.
Bekas Perdana Menteri itu berkata kerajaan boleh membenarkan pengeluaran duit dengan menghadkan secara one-off sehingga RM10,000 daripada akaun tersebut.
Hasimi Muhamad
Sat Oct 31 2020
KWSP akan berdepan kekurangan dana yang sangat besar sekiranya cadangan pengeluaran wang daripada Akaun 1 dilaksanakan, kata Dr Yusof Saari. -Gambar fail
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Industri permainan video Malaysia dijangka catat hasil AS$649 juta tahun ini
Pencapaian dalam bidang ini memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan, dalam dan luar negara.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
NCIA bantu pekerja Silverstone yang akan diberhentikan
Program di bawah modal insan adalah untuk membantu pekerja berkenaan mendapat peluang pekerjaan dan nafas baharu dalam kehidupan mereka.
Empati dalam komunikasi
Sewajarnya kita menyemai dan menerapkan pendekatan yang membuatkan seseorang itu berasa selesa dan tidak tersepit atau mengelak diri untuk berkomunikasi bersama kita.
Masyarakat diminta waspada individu menyamar pegawai Perkeso
Perkeso menerima aduan berhubung kegiatan individu menyamar sebagai pegawai perkhidmatan pekerjaannya menyasarkan orang awam.
Akses kepada bantuan kesihatan mental di kala pandemik perlu dipertingkat
Mengikut laporan WHO, terdapat kira-kira 450 juta penduduk dunia yang mempunyai penyakit mental dan ini merupakan salah satu punca utama ketidakupayaan di seluruh dunia.
PTPTN sedia bantu struktur semula pinjaman peminjam hilang pekerjaan
Antara bantuan yang boleh dilakukan ialah penstrukturan semula jadual pembayaran, bagaimanapun peminjam perlu bersemuka dengan PTPTN.