Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan berjumlah RM12.32 bilion bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2019, kurang RM70 juta berbanding RM12.39 bilion yang direkodkan pada suku yang sama tahun lepas.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP (Pelaburan) Datuk Mohamad Nasir Ab Latif berkata penurunan pendapatan pada suku tahun itu disebabkan oleh prestasi lemah pasaran saham Malaysia (-1.1 peratus dalam suku kedua 2019 berbanding tempoh yang sama tahun lepas), yang menghasilkan pendapatan portfolio ekuiti domestik sebanyak RM1.51 bilion.
Bagaimanapun, kebanyakan pasaran ekuiti global mencatatkan pemulihan daripada paras penurunan yang dialami semasa suku keempat 2018, sebahagiannya disebabkan tanda-tanda kemajuan rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS)-China yang menstabilkan sumbangan pendapatan daripada ekuiti global.
Namun, katanya, kebanyakan pasaran utama tidak termasuk AS, kekal rendah berbanding catatan tertinggi mereka pada 2018, dan keadaan perdagangan yang sukar pada suku kedua 2019.
"Kelebihan mempunyai portfolio pelbagai ialah pendapatan yang disumbang melalui pelaburan aset luar negara boleh membantu mengurangkan tekanan kejatuhan pendapatan portfolio ekuiti domestik.
"Bagi kami di KWSP, ketidaktentuan jangka pendek memberikan peluang untuk membeli aset berkualiti bagi mengukuhkan portfolio jangka panjang," kata Mohamad Nasir dalam satu kenyataan, hari ini.
Ekuiti, yang merangkumi 39.2 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP kekal sebagai penyumbang utama sebanyak RM6.33 bilion, iaitu 51.4 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan pada suku kedua 2019.
Sejumlah 50.6 peratus daripada aset pelaburan KWSP adalah dalam instrumen pendapatan tetap, yang kekal menyumbang kepada pendapatan yang stabil dan konsisten, dengan menjana pendapatan sebanyak RM5.12 bilion, iaitu 41.6 peratus daripada pendapatan pelaburan suku tahun.
Pendapatan daripada sekuriti kerajaan dan bon sama taraf bagi suku kedua 2019 mencecah RM2.69 bilion, manakala bon dan pinjaman mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM2.43 bilion.
Semasa suku tersebut, hartanah dan infrastruktur, yang mewakili 4.9 peratus daripada jumlah aset pelaburan mencatatkan RM460 juta pendapatan pelaburan. Pelaburan dalam Instrumen Pasaran Wang yang mewakili 5.3 peratus daripada pelaburan, menyumbang RM410 juta.
Sejumlah RM890 juta daripada RM12.32 bilion pendapatan pelaburan kasar dijana untuk Simpanan Shariah dan RM11.43 bilion bagi Simpanan Konvensional.
Simpanan Shariah memperoleh pendapatannya hanya menerusi bahagian portfolio Syariah, manakala pendapatan untuk Simpanan Konvensional dijana daripada bahagian portfolio Syariah dan portfolio konvensional.
Mengenai prospek suku tahun seterusnya bagi tahun ini, Mohamad Nasir berkata keadaan pasaran sehingga hujung tahun ini akan menjadi lebih mencabar dan tidak menentu.
Terdapat pelbagai ketidakpastian, terutamanya berlegar sekitar Brexit, konflik dagangan antara AS dan China serta peningkatan amalan dasar perlindungan di negara lain seperti Jepun dan Korea Selatan.
"Kami juga memerhati dengan rapat kemungkinan berlakunya kelembapan ekonomi dan risiko kemelesetan beberapa ekonomi utama yang dipercayai akan memberi kesan kepada pertumbuhan global.
"Keadaan pasaran di Malaysia kekal mencabar bagi tempoh jangka pendek, namun menyediakan peluang pembelian baik bagi dana jangka panjang seperti kami. Sehingga hujung tahun ini, kami percaya keadaan akan menjadi lebih sukar untuk kami mengekalkan momentum setengah tahun pertama, melihat kepada kemunculan trend yang membimbangkan berdasarkan kepada pelbagai petunjuk global.
"Bagaimanapun, kami yakin dengan keupayaan kami untuk memberikan pulangan melebihi inflasi, seterusnya memenuhi objektif kami untuk memelihara dan meningkatkan nilai simpanan ahli kami untuk jangka masa panjang," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Fri Sep 06 2019
Kebanyakan pasaran ekuiti global mencatatkan pemulihan daripada paras penurunan yang dialami semasa suku keempat 2018. - Gambar hiasan
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Lebih 200,000 pencarum KWSP cukup simpanan asas menjelang usia 55 tahun
Dewan Negara hari ini diberitahu terdapat 227,000 pencarum KWSP mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 dalam Akaun 1 menjelang usia 55 tahun, setakat Februari lepas.
AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP
Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.
KWSP peruntuk RM250 juta, pacu pertumbuhan syarikat pertengahan
Usahasama ini sebahagian komitmen KWSP meningkatkan pelaburan dalam pasaran domestik, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pelabur terbesar dalam pasaran domestik.
Hapus skim pencen, Cuepacs tidak tolak secara total
Cuepacs tidak menolak secara total cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen, yang kononnya membebankan kerajaan.
Caruman PERKESO, KWSP antara cadangan pindaan peraturan Finas
Finas sedang melaksanakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) 1983 dalam usaha menjaga kebajikan penggiat industri veteran.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dividen KWSP: Berdosa jika degil
Pencarum KWSP beragama Islam digalakkan menukar daripada simpanan konvensional kepada syariah supaya 'simpanan' lebih bersih dan halal.
Pertimbang keluar KWSP bersasar - Wan Saiful
Kerajaan digesa untuk mempertimbangkan permohonan pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan secara bersasar.