"Tamatkan perkhidmatan Nuri," gesa netizen selepas sebuah helikopter jenis Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung di Tawau pagi ini.

Netizen meminta kerajaan untuk menamatkan perkhidmatan helikopter milik Nuri kerana ini bukan kejadian terhempas yang pertama melibatkan pesawat jenis tersebut.

Malah, sebelum ini, beberapa insiden nahas helikopter TUDM pernah dilaporkan.

Menurut netizen, Nuri mula digunakan sejak zaman 60-an lagi dan ia perlu digantikan dengan helikopter yang lebih moden bagi menjamin keselamatan penumpang.






Seramai 19 orang telah disahkan tercedera dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata, mereka terdiri daripada lima orang pelajar sekolah dan 14 kru pesawat yang berada di dalam helikopter tersebut, termasuk juruterbangnya.

Difahamkan, helikopter tersebut yang sedang membuat latihan penerbangan telah membuat pendaratan cemas berhampiran sekolah itu.