Pelantikan Datuk Lajim Ukin sebagai pemerhati pilihan raya semasa hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.186 Sandakan tidak mewakili parti politik yang dianggotainya.
Sebaliknya, beliau mewakili kategori agensi kerajaan yang berkelayakan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Azhar Azizan Harun.
Agensi kerajaan yang dimaksudkan ialah Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azhar berkata demikian mengulas kenyataan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada Ahad yang mempersoalkan keperluan SPR melantik Lajim, yang merupakan seorang ahli politik, sebagai pemerhati pada hari tersebut.
Katanya, SPR telah menetapkan beberapa kriteria untuk seseorang dilantik sebagai pemerhati.
Selain mewakili agensi kerajaan yang berkelayakan, pemerhati juga boleh mewakili badan bukan kerajaan (NGO) atau organisasi berkelayakan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai syarikat tidak berorientasikan keuntungan.
Pemerhati juga perlu menepati ciri-ciri berikut:
- Warganegara Malaysia yang berkemahiran dan dapat menyumbang kepada penambahbaikan proses pilihan raya;
- Melaksanakan aktiviti yang dekat dengan masyarakat;
- Bersikap berkecuali; dan
- Mematuhi Kod Etika dan Akujanji Pemerhati Pilihan Raya.
Azhar berkata, dalam pemilihan dan pelantikan pemerhati pilihan raya SPR, kelayakan permohonan individu ataupun organisasi yang memohon akan dinilai mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
Tambahnya, SPR juga turut menyediakan 'Aku Janji' untuk ditandatangani oleh pemerhati dan ia merupakan ikrar yang perlu dipatuhi semasa bertugas.
"Jika terdapat pemerhati yang tidak mematuhi dan melanggar Aku Janji berkenaan, mereka boleh digugurkan dan boleh disenarai hitamkan dari menjadi pemerhati pada mana-mana pilihan raya," katanya.
Bagaimanapun, kata Azhar, SPR sentiasa peka dengan isu pelantikan pemerhati pilihan raya yang dibangkitkan BERSIH 2.0 serta pihak berkepentingan yang lain.
"SPR akan mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk mengkaji semula kriteria pemilihan bagi pemerhati pilihan raya setelah menerima maklumbalas dari pihak berkepentingan yang relevan," katanya.
Pada Ahad, BERSIH 2.0 meminta SPR memperjelaskan pelantikan Lajim sebagai pemerhati memandangkan beliau merupakan bekas presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) yang kini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah.
Pengerusi BERSIH 2.0 Thomas Fann berkata, pihaknya berpendapat pemerhati pilihan raya sepatutnya individu atau organisasi yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik termasuk daripada parti yang sedang bertanding.
Menurutnya, ia selaras dengan piawaian ditetapkan Deklarasi Prinsip Global untuk pemerhati dan pemantauan pilihan raya non-partisan oleh organisasi sivil (Suruhanjaya Venice).
Thomas juga berkata, SPR perlu memberi penjelasan berhubung polisinya dalam menentukan sama ada ahli politik yang aktif boleh menjadi pemerhati untuk SPR atau tidak, serta prosedur operasi standard (SOP) untuk membatalkan permohonan menjadi pemerhati.
Astro Awani
Mon Apr 29 2019
Pelantikan Lajim (gambar) sebagai pemerhati ialah mewakili kategori agensi kerajaan yang berkelayakan, iaitu Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya. - Gambar fail
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
SolaRIS memberdaya permintaan solar, tingkat peluang kerja - Pakar
Permohonan boleh dibuat bermula 1 April sehingga 31 Disember 2024 dan permohonan NEM Rakyat yang telah diperolehi perlu beroperasi selewat-lewatnya 31 Mac 2025, atau sehingga kesemua kuota rebat SolaRIS habis diagihkan, yang mana terdahulu.
Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara
Malaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak
Kerajaan negeri tidak bercadang menetapkan kuota antara ahli politik serta golongan profesional khususnya dalam pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), di Perak.
Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen
Anwar berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.
Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu pencen sahaja.
Cadangan mansuh pencen turut terpakai kepada ahli politik - PM Anwar
Cadangan mewujudkan kakitangan awam tidak berpencen juga akan terpakai kepada ahli politik.
Titah Sultan Sharafuddin kukuh perpaduan amat wajar - Ramanan
Katanya, titah Sultan Sharafuddin itu tepat bahawa Malaysia perlu berbangga dengan latar belakang berbilang kaum dan ia harus dipertahankan.
Bekas ahli politik Sepanyol ditembak di muka
Mangsa hanya cedera selepas insiden pada jam 1.30 tengah hari itu dan beliau dibawa ke hospital untuk tujuan rawatan.
Anugerah darjah kebesaran, Sultan Nazrin bersifat terbuka - Mohd Zahidi
Mohd Zahidi berkata, situasinya berbeza berbanding sekitar dua atau tiga tahun lalu.
Jangan hanya fikir keuntungan politik - Mufti
Ahli politik perlu utamakan usaha memberi kefahaman yang tepat kepada masyarakat termasuk bukan Islam tentang maksud sebenar ayat al-Quran.
'Ada YB bina jambatan ke kebun sendiri'
Nor'izah mengakui wujud ahli politik menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kesenangan peribadi dan kroni.