Isu lambakan warga asing di Kampung Baru perlu segera ditangani berikutan terlalu banyak kes monopoli perniagaan dan masalah sosial ditimbulkan oleh golongan itu sehingga menjejaskan warga tempatan di sini.
Perkara itu dibangkitkan Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Rina Mohd Harun yang berkata isu yang telah sekian lama berlarutan itu perlu diselesaikan segera bagi menjamin peluang pekerjaan lebih adil kepada rakyat tempatan di kawasan ini.
"Sepatutnya warga asing ini hanya boleh dibenarkan kerja di dalam sektor atau industri tertentu sahaja dan bukan semuanya, ini supaya kita boleh beri peluang pekerjaan yang lebih adil kepada rakyat kita sendiri terutama kepada penduduk tetap Kampung Baru," katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan Kasih Ramadan di sini, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata pihaknya akan berbincang lebih lanjut dengan Kementerian Wilayah Persekutuan mengenai pelan membangunkan Kampung Baru supaya isu itu dapat di atasi dengan kadar segera.
"Perbincangan itu nanti supaya kita dapat bangunkan Kampung Baru ini dengan lebih tersusun dan teratur serta tidak mengasingkan hak warga tempatan kita terutama dalam usaha kita menghapuskan monopoli perniagaan oleh warga asing di sini serta menangani masalah sosial," katanya.
Pada majlis itu Rina turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas kepada 50 orang asnaf di sekitar Kampung Baru bagi meraikan mereka sempena Ramadan.
Menurut Rina program itu dijangka dapat memanfaatkan sekurang-kurangnya 1,000 asnaf di enam sub zon di bawah Parlimen Titiwangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2019
RINA: Sepatutnya warga asing ini hanya boleh dibenarkan kerja di dalam sektor atau industri tertentu sahaja.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Enam rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru pagi ini
Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 11.09 pagi.
26 penjaja gerai singgang Kampung Baru berpindah ke lokasi baharu
Menurut DBKL, kerja-kerja meroboh deretan gerai di lokasi asal akan dilaksana pada 22 Jan depan.
'Dia lupa peluk saya...' - Ibu pelajar maut jatuh balkoni
Fazlina seakan tidak menyangka gurauan anaknya adalah yang terakhir sebelum anak sulong dari tiga beradik itu meninggal dunia.
Kampung Baru, KL dilanda banjir kilat
Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menyelamat seorang warga emas keluar dari lokasi banjir kilat di Kampung Periuk, Kampung Baru di sini pada Selasa.
Masalah sampah hantui penduduk Pulau Redang
Masalah sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi berjaya diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan.
Himpunan Selamatkan Malaysia: Kumpulan baju putih dilihat mula berhimpun
Sekumpulan lelaki berbaju putih dilihat mula berhimpun tidak jauh daripada kawasan Masjid Jamek Kampung Baru bagi menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia pada Sabtu.
Himpunan Selamatkan Malaysia: Premis perniagaan dibuka seperti biasa
Keadaan premis perniagaan dan penjaja di sekitar kawasan Masjid Jamek Kampung Baru dibuka seperti biasa tanpa ada sebarang gangguan daripada mana-mana pihak.
Polis tolak permohonan penganjur perhimpunan Sabtu ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak permohonan penganjur perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini, kerana maklumat yang dikemukakan tidak lengkap.
Dua rumah terbakar di Kampung Baru
Pasukan melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dan bantuan dari BBP Jalan Hang Tuah serta BBP Jalan Tun Razak.
Tujuh 'Kampung Baru' dicadangkan sebagai tapak warisan dunia
Jabatan Warisan Negara telah memilih tujuh 'Kampung Baru' untuk dicalonkan sebagai tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO.