Tutup

'Lan Anak Sarawak, ini masa ikut cara kita' - Abang Johari

'Lan Anak Sarawak, ini masa ikut cara kita' - Abang Johari
ABANG JOHARI: Mari kita bersama sama mentransformasi Sarawak menjadi nageri paling maju pada tahun 2030. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sarawak tidak akan ikut telunjuk kerajaan pusat sebaliknya akan bangunkan Bumi Kenyalang ikut acuan sendiri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan Sarawak mempunyai dasar-dasar inklusif dalam menguruskan negeri itu.

Beliau pada masa sama menyeru anak Sarawak bersama kerajaan negeri bagi memacu Sarawak menuju negeri berpendapatan tinggi pada tahun 2030

"Saya percaya Anak Sarawak semuanya sangat kreatif dan sangat bekerja keras.
"Mari kita bersama sama mentransformasi Sarawak menjadi nageri paling maju pada tahun 2030," seru Abang Johari kepada seluruh rakyat Sarawak.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis makan malam sempena program Lan Berambeh Anak Sarawak 2019 di ibu negara.
Majlis tahunan edisi ke-12 itu bertujuan meraikan anak Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia.

Turut hadir Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan Isteri Toh Puan Ragad dan barisan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).


Tag: abang johari tun openg, bumi kenyalang, sarawak, kerajaan negeri, transformasi sarawak, rakyat sarawak



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.