Beberapa persatuan pengguna mencadangkan agar Kementerian Kesihatan melantik farmasi berlesen atau pengamal perubatan berdaftar untuk menjual rokok elektronik, atau e-cigarette, di pasaran.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata rokok itu tidak membantu perokok tegar mengurang atau menghentikan sepenuhnya tabiat buruk mereka kerana ia turut mengandungi cecair nikotin dalam pelbagai kepekatan yang memberi kesan ketagihan kepada perokok.
"Rokok elektronik kini boleh dibeli di mana-mana sahaja, dan sekarang wujud pula stokis dan agen menjual rokok elektronik di seluruh negara yang meraih keuntungan dengan cara yang salah, iaitu membahayakan kesihatan perokok," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini bahawa Kementerian Kesihatan akan memantau rapi penjualan rokok elektronik di pasaran bagi memastikan ia tidak menjejas kesihatan penggunanya.
Sebelum itu, Pengarah kesihatan Negeri Sarawak Datuk Dr Zulkifli Jantan mengeluarkan kenyataan bahawa menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Nadzim berkata rokok elektronik tidak mengeluarkan bau seperti rokok biasa selain menggunakan cecair bagi menghasilkan wap dalam rokok, dan ia kini dijual secara berleluasa serta mendapat sambutan hangat di kalangan perokok.
"PPIM menyambut baik tindakan kementerian dalam mengawal penjualan cecair nikotin mengikut Akta Racun 1952, tetapi pada masa yang sama, semua pihak berkuasa perlu memastikan hanya farmasi berlesen serta pengamal perubatan berdaftar yang boleh menjual rokok berkenaan," katanya.
Nadzim juga berkata PPIM berharap kementerian tidak akan mengulangi kesilapan yang berlaku terhadap kempennya sebelum ini, iaitu kempen 'Tak Nak Merokok' kerana gagal mencapai matlamat untuk menghentikan tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Muhammad Sha'ani Abdullah berkata pihaknya mahu Kementerian Kesihatan menjalankan kajian mendalam terhadap kesan sampingan kepada perokok elektronik.
"Buat masa ini, tiada kes dicatat atau dikaitkan dengan rokok elektronik ini, tetapi ia masih memberi ketagihan dan kemudaratan kepada perokok kerana mengandungi nikotin," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata kementerian perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa lain dalam memastikan hanya mereka yang layak dibenar menjual rokok elektronik.
Bernama
Sat Jan 19 2013
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
AWANI Ringkas: Selesaikan segera isu kewarganegaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.
Cuaca panas: KKM rekod 45 kes penyakit berkaitan haba setakat semalam
Sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di seluruh negara setakat semalam melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
Strok haba: Seorang masih dirawat di ICU, seorang di wad biasa - KKM
Sebanyak 28 kes berkaitan haba direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga semalam.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Parlimen: Analisis data projek rintis ubat rawat HIV menunjukkan penurunan
Analisis awal projek perintis penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang digunakan untuk pencegahan HIV menunjukkan penurunan drastik.
Larangan merokok: KKM beri kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa
Kementerian Kesihatan memberi kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa bagi memastikan pematuhan orang ramai terhadap larangan merokok di tempat tidak dibenarkan.
Kutip deposit antara langkah tangani tunggakan kos perubatan warga asing
Kementerian Kesihatan mempunyai beberapa langkah bagi menangani risiko tunggakan kos perubatan bagi pesakit warga asing.
9,800 doktor kontrak diserap ke jawatan tetap, 6,000 dalam proses - Lukanisman
Ia selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyerap 12,000 doktor kontrak ke jawatan tetap sehingga 2025.
Operasi Ramadan 2024 diteruskan, pastikan keselamatan makanan
Operasi Ramadan 2024 bermatlamat memastikan makanan yang disediakan atau dijual adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983.