Penggunaan lapisan pelindung pada bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Jalan Gasing, Petaling jaya adalah melanggar peruntukan Undang-undang Bangunan Seragam 1984 (UBBL).

Ia berdasarkan kepada laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mendedahkan, lapisan pelindung atau 'cladding' yang digunakan pada bangunan tersebut adalah berasaskan Polyfoam.

Presiden Pertubuhan Akitek Malaysia, Ezumi Harzani Ismail berkata, ia merupakan antara bahan yang tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai lapisan pelindung pada bangunan.

Di bawah Undang-undang Bangunan Seragam 1984, penggunaan cladding mudah terbakar adalah dilarang



“Di bawah Undang-undang Bangunan Seragam 1984 (UBBL), penggunaan cladding atau lapisan pelindung yang diperbuat daripada bahan mudah terbakar adalah dilarang digunakan pada mana-mana bangunan yang melebihi ketinggian 5 tingkat atau 18 meter.

“Selain panel yang berteraskan Polyfoam dan Polyethylene, contoh panel yang boleh digunakan pada bangunan melebihi ketinggian lima tingkat atau 18 meter mestilah berasaskan mineral di mana ia bukan bahan yang mudah terbakar,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Bagaimanapun, kebakaran bangunan KWSP katanya, tidak boleh disamakan dengan punca kebakaran Grenfell Tower di London pada 2017.

TONTON: Angka kematian Grenfell Tower disahkan 80 orang setakat ini

''kejadian di London membabitkan panel berteraskan sejenis plastik yang digunakan untuk bungkusan kalis air (polyethylene),” jelasnya.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Soiman Jahid dalam sidang media dilokasi kejadian mendedahkan, punca kebakaran bangunan KWSP itu bermula dari percikan api kerja-kerja penyelenggaraan yang terkena pada lapisan pelindung bangunan berkenaan.

TONTON: Timbalan Ketua Eksekutif Operasi KWSP menjelaskan punca kebakaran disebabkan 'cladding' mudah terbakar