Laporan Akhir Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak akan didedahkan kepada umum memandangkan ketika ini ia dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972,” ujar Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin.

Jelasnya, laporan itu bagaimanapun hanya diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Hingga hari ini, Laporan Akhir Majlis Penasihat Kerajaan ini dilindungi OSA buat masa ini diberi kepada PM Tun Dr Mahathir Mohamad tidak diniatkan dikongsi khalayak ramai.

"Mungkin ada berpendapat kenapa nak OSA, mana-mana negara dunia ini perlukan OSA yang kita marah bukan kerana OSA tapi salah guna OSA," katanya sebagai menjawab soalan tambahan ahli Parlimen Ipoh Timur , Wong Kah Woh .

Kah Woh mahu tahu adakah kerajaan berniat untuk mendedahkan laporan itu kepada umum supaya perbahasan mengenai isu penting dapat dibahas.

Tambahnya, Majlis Penasihat Kerajaan ditubuhkan pada 12 Mei oleh Tun Mahathir Mohamad untuk bertindak sebagai penasihat mengenai isu ekonomi, kewangan dan perkara-perkara lain.

Majlis itu dianggotai lima ahli iaitu Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Robert Kuok, Tan Sri Hassan Marican dan Prof Jomo Kwame Sundaram.

“Saya mengakui kalau dibandingkan dengan kerajaan lama kita (menteri sekarang) lebih junior kerana kita kurang pengalaman. Namun kita semua komited membentuk Malaysia Baharu dan berlainan dengan kerajaan lama. Semua menteri ini akan berupaya melaksanakan janji-janji itu sebab mereka beraih dari rasuah.

“Adakah kita nak melantik menteri sebagai mentor? Setakat ini tiada keputusan dibuat kerajaan untuk melantik sebagai mentor setakat ini tiada keputusan kerajaan sebab kita semua cepat belajar dan harap pembangkang pun cepat belajar jadi pembangkang,” ujar beliau.