Malaysia merangkul kedudukan ke-35 antara 80 negara dalam laporan tahunan “negara terbaik’ di dunia 2017 anjuran U.S. News & World Report, Wharton School University of Pennsylvania dan syarikat perunding jenama BAV Consulting.

Laporan tahunan kali ini mengambil menyenaraikan 80 negara, berbanding 60 dalam laporan tahunan 2016 yang julung kali diadakan. Malaysia disenaraikan di kedudukan ke-28 dalam laporan tahun lalu.

Setiap negara dinilai berdasarkan senarai ciri-ciri yang berasaskan respons kaji selidik individu, sebelum jumlah mata yang diperolehi diproses kepada bentuk skala supaya boleh dibandingkan secara umum.

Senarai ciri-ciri dalam penilaian tersebut terbahagi kepada sembilan kumpulan, termasuk Kewarganergaraan, Pengaruh Kebudayaan, Keushawanan, Keterbukaan kepada Perniagaan, dan Kualiti Kehidupan.

Laporan Negara Terbaik di Dunia 2017: Malaysia di tempat ke-35

Singapura mendahului negara-negara ASEAN di tempat ke-15, diikuti Thailand (26), Indonesia (39), Vietnam (40), Filipina (43), dan Myanmar (57).

Senarai 10 Negara Terbaik di Dunia 2017 adalah seperti berikut:

1) Switzerland
2) Kanada
3) United Kingdom
4) Jerman
5) Jepun
6) Sweden
7) Amerika Syarikat
8) Australia
9) Perancis
10) Norway