Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan ‘COVID-19: Solat Jumaat tetap diteruskan’ bertarikh 8 April 2020.

Kenyataan penafian itu dikeluarkan oleh Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) pada Khamis.

Selain laporan palsu mengenai solat Jumaat, KKMM juga menafikan dakwaan bahawa empat orang pekerja Hero Market di cawangan Alam Megah positif COVID-19.

Kemeterian berkenaan juga memaklumkan, tidak terdapat sebarang pertambahan kes wabak COVID-19 di daerah Lawas, Sarawak sejak 14 Mac lalu seperti yang didakwa sebelum ini.

“Selain itu, Majlis Perbandaran Manjung, Perak menafikan dakwaan pernah mengeluarkan kenyataan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Manjung,” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu turut menafikan dakwaan kononnya Ibu Pejabat Polis Terengganu menyekat pihak yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan secara Cash on Delivery (COD) sepanjang tempoh PKP.

.


.